(video) Majlis perkahwinan pelik, Persembahkan tarian raver yang buruk.

Majlis perkahwinan sememangnya merupakan antara majlis yang paling diingati dalam setiap insan didunia . Kini zaman semakin berubah , pelbagai jenis tema majlis perkahwinan telah muncul untuk menjadi unik atau lain dari yang lain. Namun viral beberapa hari lepas sebuah majlis perkahwinan yang kononnya diserikan dengan tarian raver dikutuk teruk di media sosial kerana raver sememangnya tarian yang dari dulu dianggap pelik dan dikutuk netizen.



Beberapa video tular di media sosial memaparkan keadaan di sebuah majlis perkahwinan yang mengadakan beberapa persembahan tarian raver di media sosial . Video video tersebut tular dan mendapat kecaman dan kutukan dari netizen kerana raver merupakan budaya yang pelik dalam sejarah hari ini sehinggakan ramai yang bertanya tanya apakah yang terjadi di kalangan remaja yang meminati tarian pelik tersebut.

Dilihat didalam video beberapa orang telah mempersembahkan tarian raver dihadapan pengantin yang hanya melihat keadaan tersebut sambil diiringi oleh sorakan penonton tarian tersebut . Kebiasaannya budaya melayu menggunakan persebahan seni pertahanan diri silat namun kali ini persembahan raver dilakukan .



Sebelum ini juga pernah viral satu majlis perkahwinan bersama persembahan tarian hiphop dan tarian kpop namun ianya tidaklah dikecam seteruk tarian raver yang agak janggal jika dilihat. Alert TV juga turut berasa pelik dengan budaya ini dan kenapa ianya diminati oleh budak raver.





Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!