(video) Makcik campak besi dari tingkat 4 kena tengking kerana “bangang”.

Beberapa hari lepas telah viral kes seorang remaja maut apabila dibaling kerusi dari tingkat atas oleh penduduk di rumah flat yang tidak bertanggungjawab . Namun akhirnya penduduk suspek yang membaling kerusi tersebut akhirnya diberkas oleh pihak berkuasa pada hari ni.



Namun, tular pulak video seorang wanita melakukan perkara yang sama dengan membaling perkakasan besi dari tingkat 4 disebuah rumah flat dan disedari oleh seorang lelaki yang menghalang dan menengkin wanita tersebut . Wanita tersebut terus meminta maaf namun lelaki tersebut tetap berang dengan tindakan wanita itu dan berterusan memaki maki wanita tersebut. Ianya amat merbahaya kerana membaling dari tingkat atas boleh membahayakan nyawa individu yang berada ditingkat bawah.

Lelaki tersebut juga turut berkata bahawa di bahagian bawah tempat tersebut terdapat taman permainan yang dikerumuni oleh kanak kanak dan perbuatan wanita tersebut mungkin boleh mencederakan kanak kanak dan orang orang ditempat kejadian . Lelaki tersebut memaksa wanita yang berbuat demikian mengutip semula sampah besi yang dibuangnya kebawah. Untuk menghalang wanita tersebut dari diaibkan wajah wanita tersebut telah di ‘blur’



Netizen menyokong keras tindakan lelaki tersebut yang memarahi perempuan tersebut kerana perbuatan wanita tersebut sememangnya merbahaya kepada orang yang lalu lalang di sekitar kawasan tersebut.





Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!