(video) Manusia jahanam racun kucing sehingga menggelupur kesakitan.

Viral di media sosial seorang lelaki yang memelihara beberapa ekor kucing meluahkan kesedihannya apabila binatang peliharaannya tersebut dilihat menggelupur kesakitan kerana diracun individu yang tidak bertanggungjawab. Kucing kucing tersebut dikatan merupakan kucing yang dipelihara tuannya sejak dari kecil namun tidak dapat dipastikan kenapa kucing kucing tersebut diracun oleh seseorang.



Jika dilihat didalam video kelihatan 3 ekor kucing menggelupur kesakitan dan disyaki diracun oleh individu yang tidak bertanggungjawab . Pemilik kucing tersebut telah berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan kucingnya yang teruk diracun oleh seseorang. Namun gagal . Hanya seekor dari 3 kucing yang diracun teruk itu berjaya diselamatkan oleh pemiliknya yang menggunakan petua air kelapa , garam bukit, dan putih telur untuk menawarkan racun tersebut.

Lelaki pemilik kucing tersebut meluahkan rasa marah didalam akaun media sosial facebooknya yang telah mendapat ribuan share dari netizen yang prihatin dan mengutuk tindakan sesiapa yang meracuni kucing kucing tersebut sehingga kucing tersebut menggelupur sebelum meninggal.



Tidak dapat dikenalpasti siapakah yang bertanggungjawab meracuni kucing tersebut namun netizen dan pemilik kucing tersebut berharap pelaku yang bertindak meracun kucing tersebut akan menerima balasan yang setimpal atas kelakukannya kelak oleh tuhan dengan kezaliman terhadap binatang yang dilakukannya itu.





Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!