Video tersebar di media sosial apabila dalam satu pertemuan mat mat motor atau mat rempit kelihatan seperti “masuk hantu” ketika beramai ramai rem motosikal mereka masing masing . video itu menunjukkan mat rempit seolah oleh sedang khayal dan melakukan aksi aksi seperti orang yang sedang mabuk .
Trend mabuk ekzos motor ini amat popular di kalangan mat rempit yang melakukan perkara tersebut di media sosial tanpa menghiraukan keadaan sekililing . jika dulu raver menjadi viral kerana tarian yang pelik . kini menjadi viral pula tarian mat moto dengan menggunakan ekzos mereka sebagai muzik dan menari pelik di sekeliling motor mereka . Ada yang berkata mereka memuja ekzos mereka untuk menjadi lebih laju.
Motor yang biasa digunakan untuk upacara ini adalah motor berenjin 2 stroke seperti 125z, RX-Z , kawasaki Ninja KRR150 yang mengeluarkan asap yang banyak hasil dari pembakaran minyak tuti. mereka juga mencium minyak tuti ini ibarat sesuatu yang mengkhayalkan .
Beberapa instahot mat rempit juga melakukan aksi ini sehingga mereka mendapat ribuan follower di instagram . agak hairan kenapa perbuatan gila ini menjadi viral di media sosial dan boleh menambahkan popularity seseorang . Namun ianya menjadi kebiasaan dan kebanggaan bagi mat rempit.
Reply