(video) mat rempit rembat baju beramai ramai . Tauke kedai tak dapat buat apa apa sebab terlalu ramai.

Viral di media sosial sebuah video kedai baju disamun dengan teruk oleh mat rempit yang terlalu ramai. puluhan mat rempit masuk kedai pakaian dan mengambil pakaian di kedai tersebut begitu sahaja . tauke kedai tersebut tidak dapat berbuat apa apa berikutan dengan bilangan mat rempit tersebut terlalu ramai.



Sukar juga untuk membuat report kecurian apabila tidak pasti individu yang membuat kerja tersebut terlalu ramai . Mereka berkumpul dan menyamun kedai tersebut beramai ramai tanpa senjata namun tindakan mereka yang agak agresif menyebabkan orang orang yang berada di sekeliling bertempiaran lari . Tauke kedai tersebut hanya mampu melihat sahaja kedainya disamun oleh mat rempit yang jumlahnya melebihi 20 orang.

Pakaian diatas meja masih dalam beg plastik diambil begitu sahaja sehingga hampir kesemua stock pakaian baru dari kedai tersebut disamun . Mereka juga turun mengambil pakaian didalam kedai dan melakukan tindakan berani kerana jumlah mereka yang amat ramai .

Kejadian tersebut berjaya dirakam CCTV kedai tersebut untuk dijadikan bahan bukti bahawa kedai tersebut disamun dengan rakus. namun CCTV tersebut gagal untuk memberikan gambar yang jelas disebabkan waktu malam dan CCTV tersebut adalah CCTV model lama yang kurang jelas gambarnya.



Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!