(video) Menipu agen kerja petik kubis di Australia, dan Korea. Kaya raya tinggal mangsa terkandas di negara orang.

Seorang lelaki yang dikenali dengan Adib Zizan viral di media sosial apabila beliau telah menipu ramai orang dan di tinggalkan terkandas di Australia. Sebelum ini Adib dikenali ramai kerana menawarkan gaji yang bernilai belasan ribu ringgit untuk bekerja di Australia dengan tempat tinggal yang selesa dan dengan kontraktor yang bergaji mahal.

Malangnya menurut mangsa penipuan berkata mereka hanya mendapat caravan dan disumbat dengan 9 orang seperti sardin didalam sebuah caravan. Selain itu pekerja perkerja yang dibawa oleh Adib tiada permit kerja yang sah dah di cas bermacam macam cas sewaktu di Australia sehingga walaupun gaji yang agak mahal tapi ianya hanya cukup makan sahaja di negara orang .

Akibat dari ramai orang yang cuba menangkap Adib ini , kini beliau berpindah ke Korea pula dengan menawarkan gaji 11 ribu ringgit. Untuk bekerja di sana dikatakan Adib telah meletakkan harga sebanyak 6 ribu ringgit dan 3 – 6 ribu ringgit bagi Australia. Pada mulanya video beliau disambut baik namun setelah beberapa netizen yang menjadi mangsa penipuan Adib membongkarkan perkara ini . Viral di media sosial bahawa Adib ini seorang penipu .

Berikut ialah posting penipuan Adib yang dibongkarkan oleh salah seorang netizen.



ADIB ZIZAN A.K.A PEMETIK ANGUR & KOBES

Topik hangat di media social sekarang pemetik kobes bergaji 11k sebulan?? Sembang? Realiti atau fantasi?

terlebih dahulu aku kenal kan korang siapa adib zizan. Dia ni seorang backpakers yg merantau ke bumi kangaroo@australia dengan niat pada mulanya untuk bekerja. Bila dah bekerja di farm2 dalam keadaan yg tidak boleh bekerja adib ni banyak kali dibuang contractor farm kerana sikap dia yg acah2 gangster. Konon panas baran, so dalam masa sama dia ni juga ada niat konon nak jadi agent peluang pekerjaan bagi rakyat msia yg menginginkan gaji lumayan seperti kami mangsa2 beliau, jadi ada beberapa contact contractor di setiap daerah OZ seperti shepperton,robbinvale,mildura,nyah dan banyak lagi. Rangkaian penipuan adib ni terdiri dari abib,kakak dia (nadia ) serta beberapa lagi agent dibawah dia mengikut setiap negeri. Bagi mengaburi mata kami antara batch terawal yg dihantarkan ke OZ adalah seperti berikut adalah kenyataan yang dijanjikan oleh adib dan sekutunya sebelum kami berangakat ke OZ :

* kediaman yg selesa (rumah(
* tiada caj pengankutan kerja
* tiada potongan gaji ( bermaksud gaji direct)
* ticket flight pergi dan balik
* gaji yang lumayan 10k sebulan
* bekerja direct dibawah syarikat farm tersebut
* jika ada apa2 masalah akan diselesaikan dengan segera
* bekerja secara berterusan mengikut musim

Setelah sampai apa yang di janjikan pada kami semuanya hanya menanam tebu di tepi bibir, kami ditempat kan dikawasan pendalaman supaya sukar berkomunikasi dengan keluarga atau menghubungi beliau. Kami ditempatkan di rumah panjang dalam keadaan kotor dan sempit serta ketiadaan air dan kemudahan kenderaan untuk membeli keperluan makanan. Gaji yang dijanjikan langsung jauh berbeza dari janji jani adib. Malahan ada diantara orang perantaraan adib di OZ yang cuba mengaut untung seperti caj kenderaan sebanyak 10$ sekali keluar seorang. Gaji kami diambil percent% oleh tuan penasihat adib. Secara jujurnya adib ni seorang yang kaki sembang. Tak ada tanggung jawab langsung. Dia buat dia lepas tangan sehinggakan batch2 sebelum kami memberontak melarikan diri dari farm tersebut. Kehidupan kami menjalani hari2 bekerja amatlah sukar kerana farm tersebut langsung tidak mendatangkan gaji yang lumayan. Selama 3 bulan kami bertahan kami sebelum minta ditukarkan ke farm yang ada berdekatan bandar mildura. Di farm yg ke dua (redcliff) gaji kami selalu kurang. Gaji pun cukup2 350$/week . Sewa rumah pulak 120$/week caj kenderaan 7$/day = 49$/week. Cuba korang bayang kan apa yang korang boleh kumpul dengan jumlah 181$ setelah tolak duit makan minum?? Lama kelamaan adib ni makin kerap hantar budak ke OZ berpuluh2 group, beratus org yg dia hantar terkandas di daerah new souths wale. Ramai yang xpuas hati dengan adib. Adib mendiamkan diri. Call xangakat. Whtpp senyap. Aku pun apa lagi dengan duit2 yg batch kami kumpul Hassan Hussin Muhammad Farid Amirul Hafiz kami kongsikan bersama batch yang baru terkandas ditipu adib Muiz Rahman Saifull DDin untuk melarikan diri ke brisbane queensland dengan bus & train . Dalam keadaan sejuk -8 kami bersembunyi di belakang station bus usang selama 10jam kami tidur dalam keadaan sejuk beku. Bayangkan nak beli makanan pun susah lagikan nak bayar sewa rumah?? Mana kami mampu!!!! Dengan pelbagai msg ugutan diterima ke telephone masing2. Tak kan kami nk bertahan kalau kje pun gaji kne makab??? Untuk pengetahuan korang masih ada ramai lagi saki baki yang terkandas di OZ oleh perbuatan si adib ni. Khairil Shah Ezyyohana Yakob antara batch aku yg xbalik lagi smpi skrg. Bila semua batch yg adib hantar memberontak di OZ nama dia mula panas menjadi perbualan setiap mangsa batch2 yg dia dah hantar, masing2 tunggu adib datang, aku ingat kalau dia datang mmng dah lama arwah, malah ada juga yg sempat kejar si bangsat ni. Tapi bangsat ni licik dia ada keret kami cuma ada kaki! Bila dah liiineeee panas di OZ dia bertukar pulak ke negara KOBES 11K iaitu korea ?? ala yg haritu ada pmpuan nangis sambil baca sajak kat kolumpo tu….. taktik yg sama adib guna untuk menarik perhatian mangsa2. Tabur janji2 manis. Korang ingt korang mampu ke dapat 11k?? Tu semua hanyalah propaganda kedaruk si adib bangsat tu. Sekarang dia dah top kat bigo aku dengar?? Kejadah apa hidup kje makan hasil makab gaji org, menipu mangsa yg betul2 perlukan duit dengan dikaburi janji janji si adib 11k. Korang tau x ada diantara batch2 kami yg jual tanah, jual motor, jual kereta,tinggal anak bini . Begolok gadai semata2 termakan janji adib ni. Aku tak nak tengok anak bangsa aku sendiri tersadai kat luar negara, sebab aku dah rasa!!! Korang mana yang pandai berkata2 lain kali siasat dlu latar belakang penyangak ni. Dia ddk senang2 kat msia pakai kereta mewah. Pakai superbike itu semua hasil menipu duit kami. Duit tambang yg diminta dalam anggaran 4k-5k!!! Ticket flight pergi baru rm700 dan ticket balik dia bagi ticket palsu. Korang bayang kan brape banyak hanat ni dan kroni2 dia untung??? Kalau 10 org??? Kalai 100 org??? Kira la dah berapa???? Korang nilai sendiri la wajar kah org sebegini dibiarkan bermaharajalela kaya raya??



Lama kami perhatikan kau dib. Ingtkan kau dah insaf. Xapa kau dah puas telan manis. Kali ni kami kasi kau cuti lama2. Apam kau main ugut2 kau samseng kampung dusun? Malaysia ada undang2, hari ni aku kau kau famous anak branak. Kami diam bukan kami takut tapi bagi peluang untuk kau merasai kehidupan kat luar. Tarik nafas dalam2 lepas ni kau da ddk dalam. Semua bukti2 kami simpan. Semua mangsa2 aku dah kumpulkan. Kalau aku xbuat mcm ni makin ramai org kau tipu. Nak kaya keja guna kuderat sendiri bodoh. Bukan dengan cara jual org.

Harap kes ini disiasat dengan teliti supaya tiada lagi mangsa yang terkena dengan kes penipuan ini.



Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!