Video panas dengan wanita lain, Da’i Hijrah pula dis3rang netizen

Belum reda isu panas daie Farhan dan PU Abu kini datang pula kontroversi seorang Daie lain yang menjadi bualan hangat netizen di media sosial yang muak dengan perangai ustaz celebrity di media sosial.

Isu pendakwah selebriti kembali menjadi topik hangat apabila seorang lagi bekas peserta program realiti didakwa berlaku curang selepas empat tahun berkahwin.

Menerusi pendedahan eksklusif mStar Online, wanita yang dikenali sebagai A mengalami tekanan emosi setelah mengetahui suaminya itu beberapa kali berlaku curang.

“Bukan niat saya untuk membuka aib suami kepada khalayak, namun saya tak mahu mereka terpedaya dengan penampilan golongan sebegini.
“Bayangkan suami saya sanggup melakukan panggilan tidak senonoh dengan wanita lain. Semuanya terbongkar selepas saya menemui rakaman video tersebut yang disimpan dalam telefon bimbitnya,” katanya.

Wanita tersebut juga mendakwa terjumpa beberapa keping gambar bekas teman wanita suaminya yang berusia 29 tahun itu menerusi pesanan peribadi (DM) di Instagram.

“Ini bukan kali pertama, sebelum ini dia pernah bertukar gambar berahi dengan bekas teman wanitanya menerusi DM di Instagram.
“Namun saya memaafkannya dengan harapan dia akan berubah. Namun sangkaan saya meleset, dia masih berperangai buruk biarpun selepas kami dikurniakan cahaya mata,” katanya.

Malah selebriti itu juga dikatakan sering menghantar DM kepada gadis-gadis bertujuan bagi memulakan perbualan tidak senonoh selain membuat panggilan video.

Tinjauan di Twitter dan Facebook mendapati, nama Da’i Hijrah menjadi sebutan netizen yang didakwa sebagai selebriti terbabit berdasarkan ‘klu-klu’ yang didedahkan.

Kini Facebook & Instagram daie tersebut ‘hilang dari radar’ setelah timbulnya kontroversi panas di media sosial yang dikecam netizen.

Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!