viral di laman sosial sebuah kereta berjenama Proton Preve telah menjadi bualan orang ramai kerana tindakan yang agak pelik pemandu proton Proton Preve tersebut . Beberapa keping video telah tular di laman sosial menunjukkan kelakuan proton Preve tersebut yang agak pelik dan enggan memberhentikan kenderaannya.
Menurut beberapa keping video awal , Proton preve tersebut kelihatan melanggar sebuah motosikal yang kemudianna diseret secara perlahan diatas jalan . Meskipun tiada pemnunggang motosikal tersebut masih diseret oleh Proton Preve tersebut di jalan besar dan seterusnya di Highway.
Beberapa orang yang melihat rakaman kejadian tersebut telah merakamkan kejadian tersebut dan memuatnaik kejadian tersebut di media sosial sehingga ianya menjadi bahan bualan netizen . Meskipun ada beberapa orang penunggang motosikal yang cuba untuk memberhentikan kenderaan tersebut namun kelihatan pemandu kenderaan tersebut enggan untuk memberhentikan kenderaannya.
Tidak dapat dipastikan apa yang sebenarnya berlaku kepada pemandu kenderaan tersebut namun netizen menganggap mungkin pemandu proton Preve tersebut mabuk atau memandu dalam keadaan yang mengkhayalkan. Juga tidak dapat dipastikan sekiranya video tersebut telah sampai ke pihak berkuasa atau sebaliknya namun ianya telah mendapat ribuan perkongsian dari netizen sehingga ianya menjadi bahan bualan netizen di seluruh media sosial.
Netizen turut berharap agak pemandu kenderaan tersebut ditangkap kerana mungkin kenderaan yang diseret mungkin kenderaan orang awam yang berada di kawasan tersebut.
Reply