(video) Pemandu kereta terbawa lari pam minyak .

Jarang sekali kita dengar bahawa pam minyak dilarikan oleh pelanggan pam minyak . Kebiasaannya pelanggan akan mengisikan minyak sambil menunggu di petrol pam sehingga penuh dan meletakkan pan ditempat yang sepatutnya selepas mengisi minyak namun sebelum ini boleh dilihat di video viral negara luar, pemandu telah melarikan pam minyak dan dianggap mungkin secara tidak sengaja.

Kali ini, viral pula sebuah video yang menunjukkan bahawa video tersebut jelas dari Malaysia apabila sebuah kereta Perodua Bezza telah melarikan sebuah nozel pam minyak yang ditarik begitu sahaja mungkin kerana tidak perasan mengenai nozzle tersebut . kejadian tersebut dirakamkan oleh cctv menunjukkan kenderaan tersebut berlalu sambil menarik sebuah nozzle pam minyak.

Kejadian tersebut telah dirakamkan oleh CCTV stesen minyak Lata Kekabu Lenggong Perak yang menjadi viral di laman sosial mencari pemilik kenderaan supaya memulangkan nozzle pam minyak tersebut. video tersebut menjadi viral di laman sosial dengan pelbagai komen yang agak melucukan apabila peristiwa tersebut dianggap jenaka oleh netizen.

Namun diingatkan juga kepada orang ramai agar berhati hati kerana dibimbangi kes tersebut berlaku lagi kerana meskipun ianya perkara yang melucukan, akan tetapi ianya semangnya sesuatu yang merbahaya untuk orang yang terlibat mahupun stesen minyak yang menjadi mangsa kecuaian pengguna seperti itu. Turut diharapkan juga nozzle stesen minyak itu dipulangkan kata netizen.

Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!