(video) Penerangan kelemahan Ninja RR yang tak ramai orang tahu.

Kawasaki Ninja KRR ZX150. Harga pasaran RM10,800++(2013-2014)



Pelbagai nama dan gelaran diberikan kepada motosikal ini. Ada yang menyebut Kawasaki KIPS, Kawasaki Ninja 150, Kawasaki 150 RR, Kawasaki RR, Kawasaki RR 150, Ninja RR 150 dan pelbagai lagi. Tapi apa yang penting, ia merujuk kepada sebuah motosikal keluaran Kawasaki bersesaran 150cc dan jenis sport fullfairing.Kawasaki RR 150 ini mula popular dan diburu pembeli selepas Yamaha mengambil keputusan menghentikan pengeluaran Yamaha RX-Z. Selepas itu, penunggang motosikal mahukan sebuah motosikal 2 lejang yang berkuasa selain Yamaha RX-Z. Sekitar tahun 2010, Kawasaki RR 150 ini mula dilihat banyak di jalan raya. Sehingga pada tahun 2012, boleh dikatakan semua peminat motosikal tanah air mengenali model ini walhal sebelum ini ia tidak begitu popular walaupun telah lama berada di pasaran.

Terdapat beberapa sebab kenapa Kawasaki RR 150 ini mendapat perhatian dalam hati peminat motosikal. Pertama, harganya yang berbaloi iaitu RM10,800 (ikut tempat). Kedua, enjin 2 lejang 150cc yang berkuasa maksimum 30.0PS dan tork maksimum 21.6Nm menyamai kuasa motosikal 250cc 4 lejang di pasaran sekarang. Ketiga, enjin Kawasaki RR 150 ini dilengkapi dengan liquid-cooled, di mana ia memberi keyakinan untuk perjalanan jauh. Banyak penunggang Kawasaki RR 150 ini memecut habis di lebuh raya tanpa was-was. Keempat, reka bentuknya yang super sport kelihatan besar dan tegap berbanding motor kapcai.

Boleh dikatakan Ninja RR 150 ini adalah pilihan terbaik kepada sesiapa yang inginkan sebuah motosikal pada harga mampu milik, masih bergelar pelajar atau pekerja baru, mahu sebuah motosikal yang berkuasa bawah 150cc dan memecut laju memotong kenderaan lain di lebuh raya.



Pada tahun 2013. Kawasaki Malaysia telah memberhentikan pengeluaran 2 stroke dan Ninja RR adalah model terakhir 2 stroke bagi Kawasaki. Namun di Indonesia Masih diteruskan pengeluarannya dan disertakan dengan facelift model terbaru yang jauh lebih cantik dan menarik . Rupa terbaru Kawasaki Ninja RR adalah lebih moden dan bergaya dari model Malaysia. Ini menyebabkan Kawasaki Ninja RR sekali lagi menjadi semakin popular dengan modifikasi cover set Indonesia dan kecantikannya boleh menyaingi Aprilia RS125.

Seorang youtuber Malaysia baru baru ini telah membuat video mengenai Kawasaki RR yang baru dibelinya. Youtuber tersebut telah menyenaraikan beberapa kelemahan kawasaki RR yang jarang kita dengar mungkin kerana tidak ramai yang berkongsi mengenai kelemahan kawasaki RR ini .



Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!