Video peniaga bertumbuk dengan MPK hanya separuh , Saksi peniaga lain dedah punca sebenar.

Digemparkan bahawa MPK atau Majlis Perbandaran Klang telah bertumbuk dengan seorang peniaga yang membuka gerai di Taiping Klang. Pergaduhan besar dikatakan tercetus antara MPK Klang dengan peniaga di sebuah tempat di Klang itu viral dirakamkan di dalam sebuah video yang viral di media sosial kerana MPK dikatakan melakukan kekasaran terhadap peniaga sewaktu ingin merampas barangan perniagaan gerai tersebut .



Pada Awalnya difahamkan jika dilihat didalam video berlaku pergelutan atara peniaga dan pegawai MPK yang cuba untuk merampas balang air peniaga di kawasan tersebut namun setelah beberapa ketika bergelut balang tersebut pecah dan menghemburkan air kepada peniaga dan MPK . Peniaga yang berang dengan kejadian tersebut menumbuk salah seorang kakitangan MPK yang bergelut.

Oleh sebab kejadian itu salah seorang pegawai MPK dilihat membalas kembali tumbukan peniaga tersebut menyebabkan terjadi pergaduhan antara peniaga dan MPK yang membuatkan pergaduhan besar berlaku di tempat tersebut . Turut diberitahu bahawa MPK tersebut merampas barangan niaga di kawasan tersebut kerana peniaga tersebut berniaga tanpa lesen dan tanpa membayar sewa kepada MPK.



Netizen mengutuk teruk kakitangan MPK tersebut namun seorang saksi dan juga peniaga di kawasan tersebut mengeluarkan kenyataan yang membela MPK dan menegaskan bahawa peniaga yang terlibat dengan pergaduhan tersebut telah beberapa kali diberi amaran oleh MPK sebelum barangan niaga mereka dirampas. Peniaga tersebut turut berniaga tanpa membayar tapak dan lesen seperti peniaga lain yang berada di kawasan tersebut.

Setelah sekian lama diberi amaran akhirnya MPK terpaksa bertindak akibat dari peniaga tersebut yang berdegil sejak dari awal bulan ramadhan.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!