(video) Penyokong BN ‘macam beruk’ dikecam mengganggu pengguna jalanraya PRK Semenyih.

Kehangatan telah tiba apabila hari PRK Semenyih telahpun berlangsung. Keputusan PRK Semenyih akan memperlihatkan kedudukan sebenar parti Pakatan Harapan yang kini telah dibenci oleh rakyat Malaysia berikutan dari menteri menteri Pakatan Harapan yang semakin sombong dan ego bila mendapat kuasa. Selain itu mereka menteri menteri Pakatan Harapan kerap kali melakukan perkara yang tidak masuk akal dan mempertahankan tindakan mereka meskipun ditegur orang ramai.

Setelah PRK Cameron Highland menunjukkan bahawa Pakatan Harapan telah dibenci dengan teruk oleh rakyat di kawasan tersebut kini PRK Semenyih adalah tanda besar bagi Pakatan Harapan sekiranya mereka masih boleh meraih sokongan dari rakyat Malaysia. Boleh dilihat di media sosial begitu ramai telah membenci Pakatan Harapan dan pemimpinnya yang kerap kali mengeluarkan kenyataan yang seolah olah menolak islam dan Melayu itu sendiri.

Meskipun pelbagai cara dilakukan oleh rakyat menyuarakan pendapat supaya menteri menteri tersebut dihukum , namun Tun Mahathir masih membela segala menteri dalam kabinetnya. Ianya menyebabkan rakyat mula benci dan muak dengan Pakatan Harapan. Namun kali ini viral pula beberapa orang pengikut UMNO telah membuat kacau di tepi jalan yang membahayakan diri sendiri dan juga pengguna jalan tersebut.

Beberapa orang penyokong Barisan Nasional kelihatan bersorak dan melakukan pelbagai aksi diatas jalan yang penuh sesak dengan kenderaan yang menyebabkan kenderaan yang berada dijalan tersebut terpaksa mengelak dari melanggar penyokong Barisan Nasional tersebut. perbuatan mereka dikecam teruk oleh orang ramai dan menjadi viral di laman sosial.

Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!