(video) Puteri Umno kutuk Fathiya latiff live “tak payah sebok hal kerajaan”

PERHIMPUNAN Agung UMNO 2017 (PAU 2017) yang berlangsung pada 5 sehingga 9 Disember seperti tradisinya bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Seramai 5,739 perwakilan dijangka menghadiri perhimpunan lima hari yang bermula hari ini.

Ia membabitkan 2,761 perwakilan menghadiri PAU, 994 ke Perhimpunan Agung Wanita, dan masing-masing 992 di Perhimpunan Agung Pemuda dan Puteri.

PAU 2017 akan bermula dengan program taklimat presiden dan diikuti majlis perasmian Perhimpunan Agung pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

Pada 6 Disember akan diadakan persidangan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri serta mesyuarat khas Majlis Tertinggi sementara pada 7 hingga 9 Disember Perhimpunan Agung UMNO.

Perjumpaan setahun sekali ini boleh dikatakan sambutan hari raya kepada semua perwakilan UMNO dari serata pelosok dunia yang berjumpa setahun sekali dalam majlis penuh muhibbah dan limpahan warna merah.

Tentunya apabila Presiden UMNO sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan PAU 2017 merupakan persediaan menghadapi PRU-14, ia signal untuk semua bersedia memperhebat usaha memenangi hati dan minda rakyat untuk memastikan kemenangan lebih besar berbanding PRU-13.

Ia merupakan ibu segala pilihan raya yang menjanjikan kemenangan atau kekalahan untuk mana-mana parti berkuasa atau menjadi pembangkang sekurang-kurangnya untuk 10 lagi PRU akan datang.

Pada tahun ini juga, sebanyak 826 usul diterima daripada 191 UMNO bahagian di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, 635 usul diterima untuk rujukan, 191 usul diterima tanpa bahas manakala tiada usul yang ditolak.

Daripada 635 usul yang diterima, 238 usul adalah politik, ekonomi (79), agama (40), sosial (97), pendidikan (114), satu usul melibatkan pindaan Perlembagaan dan 66 adalah lain-lain usul.

UMNO perlu memastikan perhimpunan yang diadakan kali ini bukan sekadar menampakkan feel good factor, inklusif tetapi juga ‘mentaliti kemenangan’ dalam kalangan ahli parti itu.

Pada saat itu, lagu suntik semangat dan terapi brainwash ‘Anak kecil main api’ yang acap kali menjadi penanda aras kekuatan parti hanya layak disimpan dalam arkib sejarah UMNO dan tidak lagi mahu didengar sesiapa.

Itu mimpi paling ngeri buat UMNO, jadi atau tidak terletak sepenuhnya di tangan pemimpin dan ahli parti itu sendiri.

Menjadi viral di media sosial apabila salah seorang yang berucap di majlis tersebut iaitu Dira Abu Bakar telah menghentam Fathiya latiff berkenaan dengan kenyataannya sebelum ini yang banyak menyindir kerajaan dan Dato Seri Najib Razak

berikut adalah video live puteri umno tersebut mengutuk Fathiya latiff didepan ribuan orang UMNO

Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!