NurShahila binti Amir Amzah (lahir 13 Ogos 1990) atau lebih dikenali sebagai Shila Amzah merupakan seorang penyanyi-pencipta lagu, pelakon, ahli perniagaan dan penerbit rakaman terkenal dari Malaysia. Shila merupakan anak kepada penyanyi terkenal 80-an, Amir Amzah Saleh atau lebih dikenali sebagai ND Lala.
Dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur oleh sebuah keluarga muzik, Shila mula bergiat aktif dalam muzik ketika berusia sembilan tahun dan membuat persembahan di pelbagai tempat muzikal ketika kecil. Beliau mengeluarkan album pertamanya, Terima Kasih Guru pada usia 10 tahun. Beliau mula memenangi anugerah sejak itu, bermula dengan Artis Kanak-kanak Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Dengan bantuan komposer muzik dan penerbit rakaman yang terkenal di Malaysia, Helen Yap, pada tahun 2005 Shila mengeluarkan album pop studio kedua, Sha-Hila. Beliau menjadi lebih terkenal dengan single “Patah Seribu” (2011) yang menerima Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-19 (AIM19).
Tak sangka isu lafaz akad nikah Shila Amzah dan Haris Idraki dalam Bahasa Inggeris menjadi pertikaian netizen.
Bagi mereka, ianya pelik dan tidak pernah didengari sebelum ini.
Ada netizen yang tertanya-tanya adakah suami Shila tidak tahu berbahasa Melayu sedangkan dia memang orang Melayu.
Walaupun begitu, ada juga yang membantu untuk menerangkan tentang isu ini dengan mengatakan suami Shila tidak fasih berbahasa Melayu kerana telah lama menetap di luar negara.
Tidak kisah apa bahasa sekalipun jika lafaz akad nikah itu sampai maksudnya dan cukup syarat maka ianya sah.
Mungkin netizen lupa umat Islam bukan sahaja dalam kalangan Melayu tetapi ia meliputi pelbagai bangsa dan negara. Jadi akan ada pelbagai bahasa untuk melafazkan akad nikah.
Begitulah masyarakat kita yang jelik dan sukar untuk menerima kelainan. Perkara sebegini pun mahu jadi isu. apa pandangan anda – ALert TV
Reply