(video) Tergerak hati nak rakam video , tiba tiba berlaku kemalangan depan mata.

Kini kebanyakan video kemalangan boleh dilihat melalui dash cam yang dipasangkan di depan cermin kereta , walaubagaimanapun tidak semua kereta dilengkapi dengan dashcam yang menyebabkan kebanyakan punca kemalangan tidak sempat dapat dirakamkan oleh kereta kereta yang berdekatan dengan tempat kejadian . Namun dengan gerak hati kadang kadang ianya sempat dirakamkan apabila pemandu yang melihat kejadian kemalangan secara tidak sengaja merakamkan perkara tersebut.

Seorang netizen telah memuatnaik video beliau merakamkan sebuah kemalangan yang tidak disangka antara sebuah Honda CRV dan sebuah lagi kereta yang dilanggar dari belakang. Setelah kemalangan tersebut berlaku , Walaubagaimanapun pemandu kereta Honda CRV tersebut langsung tidak memberhentikan kenderaannya sebaliknya hanya melarikan diri meninggalkan tempat kejadian dengan kenderaan yang rosak akan tetapi masih berfungsi.

Jika dilihat diawal video , Pemandu CRV tersebut seolah olah mabuk dan memandu secara merbahaya dengan menukar lane jalan tanpa signal dengan kerap dan laju . Menurut perakam video beliau tergerak hati untuk merakamkan keadaan sekitar namun tidak menyangka berjaya merakamkan kemalangan tersebut . Video rakaman tersebut menjadi viral dilaman sosial.

Netizen menganggap video tersebut adalah video yang bagus untuk membuktikan kesalahan pemandu yang mungkin mabuk tersebut . ianya juga boleh digunakan untuk membantu mangsa yang dilanggar sebagai bahan bukti untuk kemalangan tersebut ataupan syarikat insurans untuk dituntut kerugian yang tidak dijangka itu.


Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!