Video TV3 hanya separuh, ini punca kes sebenar kes DAP pukul orang tua MCA

Viral di laman sosial bahawa seorang lelaki tua MCA telah dikasari oleh beberapa orang ahli DAP sehingga mendapat sedikit kecederaan, Namun kebanyakan video yang tular di media sosial adalah separuh dan bukannya video penuh dan tidak menunjukkan punca sebenar kes tersebut berlaku.



Turut mengongsikan video tersebut di laman twitter adalah akaun media sosial Twitter BuletinTV3 yang turut memaparkan kes yang sama bersama kapsyen yang agak tidak berapa tepat. Berikutan dengan kejadian tersebut Alert TV berjaya mendapatkan video sebenar yang menjadi punca perkelahian antara dua individu yang terlibat.

Menurut video separuh yang ditunjukkan, hanya boleh dilihat ahli DAP tersebut menolak dan mengasari orang tua yang dikatakan adalah ahli MCA. Namun video yang penuh menunjukkan bahawa orang tua yang terlibat terlebih dahulu mencabut bendera PKR menyebabkan pihak PKR mula marah dan menyerang lelaki tua tersebut.



Walaubagaimanamun ahli DAP tersebut masih patut dipersalahkan kerana mengasari orang tua tersebut dengan sedemikian rupa meskipun kesalahan orang tua tersebut hanya mencabut bendera, dan jelas ternyata orang tua tersebut tidak mampu untuk melawan sekiranya dikasari oleh orang lain .

Kes dan video ini telah dilihat tersebar di media sosial dan dipergunakan beberapa pihak memandangkan pilihanraya semakin tiba dan dipolitikkan dengan teruk di media sosial. Akan tetapi inilah kes sebenar yang berlaku dan TV3 sudahpun menulis kenyataan punca sebenar di laman sosial rasmi facebook TV3.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!