Agama islam merupakan agama rasmi di Malaysia . Namun kebelakangan ini kelihatan islam semakin teruk dihentam oleh liberalisme yang semakin menular di Malaysia. Ianya merupakan hasil dan impak dari aktivis aktivis liberal yang bergiat aktif di media sosial dan bergiat aktif dalam bidang politik yang menyebabkan Malaysia kini dilanda masalah liberalisme dan pelbagai lagi masalah yang berkaitan dengan agama.
Seorang wakil dari batu kawan telah viral di media sosial kerana beliau mempersoalkan beberapa topik mengenai undang undang islam di Malaysia. Beliau menjelaskan bahawa syiah adalah merupakan satu agama walhal Syiah adalah merupakan fahaman yang dianggap sesat di Malaysia yang kebanyakan penganutnya adalah ahli sunnah wal jamaah. Meskipun telah diterangkan oleh wakil yang beragama islam bahawa syiah itu adalah fahaman namun wakil batu kawan yang bukan beragama islam berkeras dengan kenyataannya.
Ini membangkitkan kemarahan netizen yang beragama islam kerana wakil betu kawan seolah olah telah bercakap sesuatu yang tidak masuk akal apabila beliau sendiri bukan beragama islam .Beliau juga tidak menerima pendapat orang yang beragama islam dan seolah olah beliau lebih faham tentang agama islam walaupun beliau bukan agama islam.
Netizen mula menganngap perkara ini merupakan perkara yang bahaya kerana orang yang bukan islam mula masuk campur dalam pengurusan hal hal orang yang beragama islam dan undang undang islam di Malaysia . Mereka bimbang perkara ini akan menjadi lebih teruk dan mengenepikan ajaran islam yang sebenar dalam Malaysia.
Reply