berjudi merupakan salah satu kesalahan yang besar didalam islam . Namun judi juga adalah merupakan kesalahan di sesetengah tempat dan premis premis di Malaysia yang tidak mempunyai lesen dalam bidang tersebut . Ianya walaubagaimanaoun tetap dijalankan di banyak premis premis secara haram di Malaysia .
Seorang lelaki telah memuatnaik video menunjukkan beberapa premis perjudian yang menjadi tumpuan warga asing menjadi viral di media sosial . Cukup mengejutkan apabila premis perjudian tersebut terletak betul betul dihadapan Balai Polis bergerak namun premis tersebut kelihatan begitu bebas untuk menjalankan operasi perjudian dan dilihat dari mata kasar kemungkinan besar premis tersebut tidak mempunyai lesen.
Lelaki perakam video tersebut turut menerangkan bahawa beliau mengambil keputusan untuk memviralkan video tersebut kerana kegiatan itu telah berlaku sekian lama didepan balai polis bergerak tersebut namun langsung tidak diambil tindakan oleh pihak yang bertanggungjawab itu . Lelaki tersebut menganggap bahawa polis di kawasan tersebut “makan gaji buta” dan memviralkan video tersebut agar tindakan dijalankan terhadap premis tersebut.
Menurut netizen pula , netizen tidak berpuashati kerana banyak premis perniagaan halal disita oleh sesetengah pihak namun kebanyakan daripada premis haram dilihat dengan begitu bebas beroperasi tanpa halangan dari pihak berkuasa. Ini menimbulkan kemushkilan dari netizen kerana seolah olah ada sesuatu telah mengawal pihak berkuasa dari dalam yang menghalang mereka untuk menyekat premis premis haram yang diviralkan.
Reply