Y15zr sememangnya motosikal supercub Yamaha yang popular , Kini semakin ramai yang memiliki dan membeli motosikal ini kerana bentuk dan popularitynya di media sosial . Y15zr merupakan motosikal 150cc 4 lejang yang dikeluarkan Yamaha yang dinaiktaraf dari Yamaha 135LC .
Setelah beberapa tahun didalam pasaran Malaysia Y15ZR menjadi semakin popular kerana idola permotoran yang popular Maliey key telah tular di media sosial ditangkap sebagai seorang peragut . Lelaki tersebut dikatakan popular kerana sering memuatnaik video nya di media sosial bersama Y15ZR yang dimodifikasi dengan laju mengalahkan jentera dua lejang. Namun popularity lelaki tersebut berakhir apabila lelaki tersebut dikatakan ditangkap sebagai seorang peragut dan beberapa rekod jenayah ragutnya tersebar di media sosial.
Beberapa ketika setelah viral kejadian idola peragut, Y15ZR sekali lagi viral apabila seorang lelaki yang menaiki Y15ZR dikatakan melakukan adegan yang tidak berakhlak diatas motosikal tersebut. Lelaki tersebut dilihat beronani diatas motosikal Y15ZR sebelum dijerkah oleh seorang lelaki perakam video tersebut membuatkan lelaki penunggang Y15ZR yang bertubuh besar tersebut lari meninggalkan tempat kejadian.
Setelah itu , viral pula seorang kanak kanak menjual air tin di sebuah tempat dikatakan terpaksa merelai kerugian apabila beberapa orang penunggang Y15ZR telah melarikan diri tanpa membayar air tin yang diminum mereka. Video tersebut telah diviralkan oleh Ayah Pong yang popular di kalangan pengguna motosikal berkuasa tinggi yang kebetulan lalu di tempat kejadian bersama pengguna motosikal berkuasa tinggi yang lain.
Setelah beberapa kejadian ini viral , kini pengguna Y15ZR telah mendapat persepsi yang buruk namun tidak menghalang pengguna Y15ZR untuk mempamer jentera mereka. Semestinya bukanlah kesalahan Y15ZR namun ianya adalah kesalahan pengguna itu sendiri. Namun dari segi positif , Y15ZR kini telah menjadi semakin popular dan angka jualan Y15ZR telah semakin meningkat berbanding sebelumnya. Pengguna Y15ZR jangan la buat benda benda macam ni tau . Malu nanti.. – Alert TV
Maliey Key yang dikatakan ditangkap kerana menjadi peragut.
Video kanak kanak penjual air tin ditipu geng Y15ZR
Reply