Yamaha 125Z sememangnya popular di Malaysia dengan kuasa yang tinggi dan senang untuk dimodifikasi. 125z senang dimodifikasi kerana jentera tersebut menggunakan enjin 2 stroke, single cylinder, air cooled yang mengeluarkan kuasa 17hp dari kilang . sehingga sekarang (2017) Yamaha 125Z masih popular dan masih dijual di market Malaysia. namun ramai yang mempunyai masalah apabila memodifikasi Yamaha 125z kerana teknologi air cooler yang tidak cukup kuat untuk menampung haba dari enjin 125z yang berkuasa tinggi.
Namun tahukah anda bahawa Yamaha juga mengeluarkan model enjin yang hampir sama dengan 125z tetapi lebih berkuasa dan menggunakan teknologi radiator untuk menyejukkan cylinder block enjin? Ya. Yamaha mengeluarkan satu model di negara jiran iaitu Yamaha Touch 125 yang berkuasa 24.5hp dan menggunakan radiator. perbezaan kuasa Yamaha touch dengan 125z adalah lebih dari 5 hp dan ramai masih tidak mengetahui bahawa Touch 125 wujud dan boleh dimodifikasi kepada 125z untuk memakan coolant jenis radiator. block touch 125 juga plug n play di 125z kerana kesamaan batang skru pemegangnya. block ini senang didapati di Kelantan namun jarang yang tahu mengenai hal ini . block Touch 125 berbentuk seakan akan Kawasaki RR ini juga mempunyai sistem YEIS iaitu Yamaha Energy Induction System seperti RXZ untuk menjimatkan minyak dan prestasi yang lebih tinggi
Cylinder Block Touch 125
Berikut adalah Spesifikasi Yamaha Touch 125.
Manufacturing: Yamaha (Thailand Yamaha)
Model: Touch 125
Engine: 2-Stroke, Single-Cylinder, Liquid Cooled, YEIS
Bore x Stroke: 54 x 54.7 mm
Cylinder Capacity: 125 cc
Fuel Supply System: Mikuni VM24SS Carburetor
Compression Ratio: 6.9: 1
Transmission: 6 Speed
Ignition: CDI Unit
Starter: Kick Starter
Max Power: 24.5 PS (24 HP) @ 8,500 RPM
Max Torque: 1.99 Kgf.m (19.9 N.m) @ 8.000RPM
Length x Width x Height: 1880 x 630 x 980 mm
Wheelbase Distance: 1260 mm
Lowest Distance to Land: 130 mm
Empty Weight: 103 Kg
Fuel Tank Capacity: 8 Liter
Frame: Aluminum Deltabox
Front Suspension: Telescopic Fork, Coil Spring, Oil Damped
Front Suspension: Swing-Arm, Monoshock (Monocross)
Front Brake: Hydraulic Disc, Caliper 2 Piston
Rear Brakes: Hydraulic Discs, Caliper 2 Piston
Front Tires: 2.25 – 17 – 38P
Rear Tires: 2.50 – 17 – 43P
Kini Yamaha touch 125 jarang sekali dilihat atas jalan thailand mahupun malaysia. namun block Touch 125 sering digunakan dalam 125z untuk ketahanan dan prestasi yang lebih tinggi dari block asal
Reply