(video)AC Mizal kecewa dengan Air Asia akibat Beg rosak.

Beberapa bulan lepas tular di laman sosial bahawa staff Air Asia kelihatan mencampak beg pelanggan mereka sehingga rosak . setelah itu viral pula di media sosial mengenai netizen yang tidak berpuas hati dengan cara Air Asia menangani beg pelanggan mereka dengan kasar dan tidak bertanggungjawab . Salah seorang pelanggan Air Asia turut memviralkan kes tersebut kerana disebabkan tidak dijaga dengan teliti, sebuah basikal milik pelanggan tersebut rosak.



Setelah banyak kes seperti ini berlaku, ini telah menghilangkan dan memburukkan reputasi Air Asia kerana ianya merupakan sesuatu yang amat penting dan perlu ditangani dengan segera. Setelah viralnya hal tersebut krew air Asia telah memuatnaik gambar mereka mencium dan memeluk erat beg pelanggan mereka yang menunjukkan meraka prihatin dengan beg pelanggan mereka sehingga menganggap beg pelanggan ibarat kekasih. Namun sebahagian netizen telah mengatakan bahawa ianya hanya sekadar gimik dan seolah olah menyindir pelanggan Air Asia.

Beberapa hari lepas viral pula seorang artis dan pengacara terkenal Malaysia telah meluahkan rasa kesalnya dengan perkhidmatan Air Asia yang dikatakan agak teruk . Artis tersebut adalah AC Mizal yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan pengedalian beg oleh krew Air Asia. AC Mizal berkata bahawa beliau dari awal tidak mempercayai bahawa beg miliknya dijaga dengan rapi oleh krew Air Asia dan membalut beg tersebut dengan pembalut plastik.


Namun meskipun membalut beg beliau dengan pembalut plastik, akan tetapi beg tersebut kelihatan telah rosak dan terbuka kerana kecuaian pihak Air Asia mengendalikan beg tersebut. Beg AC Mizal juga adalah sebuah beg yang kelihatannya agak berkualiti dan keras namun masih rosak mungkin kerana kualiti penjagaan beg tersebut amat teruk.

Netizen mulai berasa sangsi dengan Air Asia dan boleh dilihat di ruangan komen yang masing masing meluahkan pengalaman masing masing berhubung dengan Air Asia. Apa pandangan anda?








Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!