(video)Buat lawak bodoh, baling kon dari atas bangunan netizen mahu lelaki tersebut ditangkap.

Seorang lelaki dikatakan membuat lawak bodoh dengan rakan nya kerana membaling kon dari atas bangunan . lelaki yang berperwatakan tersebut dikatakan membaling kon dari atas bangunan sewaktu bergurau senda dengan seorang rakannya yang sedang merakam kejadian tersebut.



Video lelaki bertubuh gempal tersebut tersebar di media sosial dan mengundang kecaman teruk dari netizen yang melihat video tersebut. Netizen mengutuk keras tindakan lelaki tersebut kerana sebelum ini telah berlaku beberapa kejadian individu yang melempar sampah dari atas bangunan sehingga mencederakan orang di bahagian bawah bangunan .

Perilaku yang tidak bertanggungjawab tersebut sebelum ini beberapa kali viral dilakukan oleh individu yang berbeza. didalam video, lelaki tersebut kelihatan memakai jersey JDT sekaligus menyebabkan netizen menganggap lelaki tersebut berasal dari Malaysia dan menggesa agar lelaki tersebut ditangkap polis kerana perbuatannya.



Namun menurut komen netizen didalam ruangan komen video tersebut , dikatakan bahawa lelaki tersebut melakukan perbuatan itu di Singapura dan bukan Malaysia mengikut struktur bangunan tempat kejadian . Keadaan tersebut adalah tidak bertanggungjawab dan sepatutnya dikenakan hukuman yang keras kerana ianya mungkin mencederakan atau membunuh orang lain yang berada di kawasan bawah bagunan tersebut selain mungkin merosakkan kereta atau harta benda yang berada di bawah.



Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!