(video)Butik Chanel tak bagi Aliff Syukri masuk. tidak rugi kerana Aliff Syukri.

Jenama Chanel sememangnya sebuah jenama yang agak terkenal dan terkemuka di dunia . Ianya adalah kerana jenama tersebut kebiasaannya digunakan oleh golongan berada sahaja kerana produk produk keluaran Chanel kebiasaannya bernilai ribuan hingga puluhan ribu bahkan ada yang menjangkau harga dengan nilaian ratusan ribu ringgit bagi sebuah produk jenama tersebut yang popular sebagai jenama mewah.



Jutawan kosmetik terkenal Dato Aliff Syukri sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila beliau telah memuatnaik sebuah video beliau sedang membeli belah dan ingin masuk kedalam sebuah butik Jenama Chanel . Walaubagaimanapun beliau telah dihalang oleh penjaga butik Chanel tersebut yang tidak membenarkan Aliff Syukri masuk kedalam butik tersebut untuk membeli barangan jenama tersebut.

Ianya menimbulkan rasa tidak puas hati Aliff Syukri mengutuk butik Chanel tersebut dan menunjukkan beberapa jenama yang dibelinya yang lebih mahal dari Chanel. Walaubagaimanapun beliau ditegur oleh isterinya “duit bukan segalanya” kerana walaupun beliau berduit dan mempunyai wang yang banyak, namun ianya bukanlah segalanya dan dengan duit tidak mampu untuk membeli hormat menurut kata netizen.



Seorang netizen memberitahu bahawa Butik Chanel sebenarnya sememangnya tidak dapat dimasuk dengan sewenang wenang kerana pelanggan butik tersebut kebiasaannya beratur untuk masuk kedalam butik tersebut yang hanya membenarkan 5 orang pelanggan sahaja untuk masuk kedalam butik tersebut dalam satu masa. Ianya merupakan peraturan butik Chanel memandangkan barangan dalam butik tersebut yang amat bernilai dan sebagai langkah keselamatan untuk melindungi butik tersebut.

Seorang netizen lagi menjelaskan bahawa Aliff Syukri cukup riak dan tidak sedar bahawa Chanel tidak akan rugi hanya kerana Aliff Syukri tidak membeli di butik tersebut kerana masih ramai lagi golongan berada yang sanggup menghabiskan wang mereka di butik tersebut.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!