(video)Gearbox terbalik cuma mitos . Masalah sebenar ialah coil terbalik. Motor mengundur.

Seorang lelaki telah mengongsikan masalah motor selama menjadi pomen motor di media sosial . Seringkali dita dengan mengenai enjin motor yang dipasang semula mengundur kerana masalah gearbox dari orang ramai. Namun adakah ianya benar benar kerana kesalahan memansang gearbox terbalik?



Seorang pomen mengeluarkan pendapatnya mengatakan gearbox motosikal sebenarnya memang tidak boleh dipasang terbalik melainkan struktur enjin dimodifikasi sendiri. Kebanyakan pomen mengatakan gearbox terbalik adalah salah dan masalah sebenar motor mengundur adalah hasil dari salah pasang coil terbalik dan menyebabkan enjin berpusing terbalik . Hal ini terjadi kepada sesetengah motor sahaja kerana ada juga motosikal dibina memang tidak boleh pasang coil terbalik .

Bila coil terbalik , arus pergerakan motor juga jadi terbalik kata pomen tersebut. jika dibetulkan pemasangan coil tersebut maka motor akan menjadi kembali seperti sediakala. keadaan ini biasanya berlaku di model lama motosikal yang menggunakan arus ulang alik yang menerima apa saja input terbalik mahupun betul.

Motor motor baru biasanya mengunakan arus terus dan tidak boleh dipasang terbalik . selain itu tapak coil juga agak berlainan dan tidak boleh dipasang terbalik dengan mudah. Sesetengah pomen menyangkal kenyataan ini dan tak pasti samada kenyataan ini benar atau tidak . terpulanglah kepada pomen dan netizen yang lebih pandai untuk menguji mekanikal motosikal masing masing.



Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!