Cadbury sememangnya adalah jenama coklat yang penuh kontroversi di Malaysia. Ianya beberapa kali diboikot oleh penduduk Malaysia kerana dikatakan bahawa Cadbury adalah milik yahudi. Cadbury turut mencetuskan kontroversi beberapa kali kerana dikatakan mengandungi lemak khinzir. Selain itu ianya turut beberapakali viral kerana mengandungi ulat meskipun plastik pembalut coklat tersebut masih belum dibuka.
Sebelum ini viral kes tentang status halal coklat Cadbury yang dikatakan haram dimakan kerana mengandungi bahan bahan yang haram disisi Islam namun tidak sampai 2 hari, status halal coklat tersebut menjadi halal semula kerana sebab tertentu. Ini menimbulkan was was bagi pihak pengguna tentang keputusan JAKIM yang sering berubah ubah .
Beberapa tahun lepas viral pula mengenai ulat yang dikandungi didalam cadbury yang baru dibuka dari plastiknya namun mengandungi ulat hidup. Ianya menjadi viral dilaman sosial kerana ramai yang hairan kenapa ulat berada didalam pek cadbury dan terus menyalahkan kilang cadbury . Namun ada yang menganggap itu cuma fitnah.
Beberapa hari lepas terbukti lai bahawa perkara tersebut adalah benar apabila seorang lagi netizen berjaya merakamkkan coklat cadbury yang dibeli beliau mengandungi beberapa ekor ulat meskipun tarikh luput dan pembalut coklat tersebut baru dibuka.
Kes ini sekali lagi mendapat perhatian natizen dan seterusnya diboikot oleh netizen kerana perkara tersebut yang agakdikatakan sensitif.
Reply