Mungkin ramai yang masih tidak mengenali Intan Najuwa yang kini sedang berusaha untuk menaikkan nama beliau dalam industri hiburan di Malaysia . Intan Najuwa binti Abdul Wahid atau dikenali sebagai Intan Najuwa (lahir 18 Ogos 1997) merupakan seorang pelakon Malaysia. Beliau dikenali menerusi watak lakonannya sebagai Abby dalam drama Hantu Punya Bos, sebagai Sharina dalam Khabar Dari Casablanca, dan juga sebagai Hanan Khaira dalam Kekasih Paksa Rela gandingan bersama Remy Ishak. Selain itu, beliau juga merupakan seorang penulis blog.
Baru baru ini beliau telah dikecam teruk gara gara memuatnaik sebuah video di laman instagram beliau tentang huru hara pada hari tersebut kerana pembantu beliau tidak dapat menjalankan tugasnya . Intan Najuwa menjelaskan bahawa dirinya langsung tidak pandai untuk mengisi minyak kenderaan yang dinaikinya menyebabkan dia sukar untuk melakukan perkara tersebut yang sebelum ini dilakukan oleh pembantu peribadinya.
Akibat dari itu beliau dikecam teruk dan dianggap seorang perempuan yang tidak boleh diharap kerana tidak tahu untuk mengisi minyak dan tidak pandai berdikari. Dilihat di ruangan komen pelbagai netizen melemparkan kecaman terhadap video tersebut dan Intan Najuwa yang disifatkan sebagai seorang yang tidak layak untuk dibuat calon ister.
Selain itu netizen juga menganggap Intan Najuwa sebagai seorang yang cantik tetapi kurang bijak apabila dengan perkara kecil tersebut sudah cukup untuk membuatkan dirinya huru hara. Ramai juga menganggap Intan Najuwa amat ngada ngada dan membuatkan orang meluat dan hanya inginkan perhatian.
Reply