Jentera yang terbaik semestinya akan disanjung bagi kaki permotoran di Malaysia . Jentera paling cepat pecutan dan paling tinggi kelajuan maksimumnya akan menjadi jentera yang paling dihormati oleh peminat dunia permotoran. Antara jentera tersebut yang digemari oleh peminat dunia permotoran Malaysia adalah berjenama Honda dan Volkswagen.
Namun seringkali dilihat 2 jentera ini disalahguna kerana kuasa jentera ini yang agak tinggi dan kebanyakan pengguna jentera ini seringkali mencuba kuasa mereka di jalanraya dan berlumba haram. Pada 2 mei 3.30 pagi semalam, dua buah jentera kelihatan beraksi di jalanraya menunjukkan kehebatan masing masing di sebuah bandaraya terbesar di Malaysia iaitu Kuala Lumpur.
Menurut keterangan dari sumber video , dikatakan Honda EF tersebut sedang berlumba dengan satu lagi Volkswagen yang berprestasi tinggi di jalanraya orang awam namun malang tak berbau apabila 2 jentera tersebut telah melanggar seorang penunggang motosikal hingga maut. Perkara tersebut berlaku kerana Honda EF tersebut telah gagal untuk mengelak motosikal dengan sempurna lalu bergesel dengan penunggang motosikal tersebut hingga rebah.
Pada waktu yang sama sebuah Volkswagen Golf GTI yang dibawa laju mencucuk Honda EF tersebut gagal mengelak lalu melanggar penunggang motosikal yang rebah kerana geseran dengan kereta Honda tersebut . Sungguh malang sekali bagi penunggang motosikal tersebut menjadi mangsa 2 pemilik kereta yang tidak bertanggungjawab. Difahamkan bahawa lelaki penunggang motosikal tersebut baru pulang dari kerja.
Reply