Rs150R sememangnya jentera yang diminati ramai oleh rakyat Malaysia . Ianya adalah sebuah jentera yang agak agresif dan paling berkuasa dalam kategori supermoped 150cc. Ianya adalah kerana RS150 satu satunya supermoped yang menggunakan sistem DOHC untuk enjin RS150R. Kelebihan DOHC ini adalah ianya sememangnya lebih berprestasi tinggi berbanding SOHC dan cenderung kearah kelajuan.
Akan tetapi RS150R gagal untuk menyaingi Y15ZR dari segi jualan mahupun permintaan . Mungkin ramai pengguna RS150R yang tidak bersetuju dengan pandangan ini dan tidak semua memiliki masalah ini namun ianya adalah sesuatu yang berlaku kepada sebahagian dari pengguna RS150R . Bob YP yang merupakan youtuber permotoran di Malaysia dikecam teruk oleh pengguna RS150R yang tidak dapat menerima hakikat tentang kelemahan utama RS150R yang dikatakan oleh Bob YP yang juga merupakan pemilik RS150R.
Permasalahan yang dikeutarakan oleh Bob YP adalah spare part sukar untuk didapati . Bob Yp telah menjelajah lebih dari 12 buah kedai barulah beliau dapat tukar sprocket RS150R kerana banyak kedai yang tidak menjual barangan tersebut . Selain itu harga harga barangan Honda juga jika dilihat adalah jauh lebih mahal berbanding dengan Yamaha yang jauh lebih murah.
Aftermarket part Honda juga kurang berbanding dengan Y15ZR yang menyebabkan banyak tuner tuner di Malaysia sukar untuk mendapatkan barangan untuk memodifikasikan RS150R mereka. Jika dilihat dengan teliti, Honda langsung tidak membawa masuk CBR250RR kerana harganya menjangkau lebih RM25000 ringgit sekiranya dibawa masuk dan Boon Siew tidak mahu mengambil risiko tersebut selain dari masalah pencemaran udara CBR250RR.
Ramai yang menganggap sekiranya Honda berjaya mengatasi masalah ini, Honda RS150R tentunya dengan senang mengatasi Yamaha Y15ZR dari segi prestasi mahupun jualan jentera tersebut. Ramai juga menganggap bahawa Honda kini telah menjadi brand yang lebih bernilai dari Yamaha kerana Marq Marquez telah menjuarai kejohanan motogp beberapa kali berturut turut yang mengangkat brand Honda itu sendiri.
Pendapat ini mungkin tidak dapat diterima oleh sebahagian pengguna yang obses dengan jentera mereka . Namun dari survey yang dijalankan , sememangnya inilah masalah Honda pada hari ini. Mungkin juga ianya melibatkan kerajaan di Malaysia yang meletakkan cukai yang tinggi terhadap Honda. Namun siapa tahu.
Reply