(video)Kedai makan kehilangan pelanggan dengan teruk setelah larangan merokok diperkenalkan.

Pada awal tahun 2019 kerajaan telah mengimplimentasikan undang undang baru di Malaysia yang amat disokong oleh orang ramai berikutan dari ianya mempunya pelbagai kebaikan dari segi kesihatan mahupun beberapa perkara lain yang menyebabkan perkara tersebut disokong oleh orang ramai. Namun ada impak negatif disebalik undang undang tersebut yang menyebabkan ianya kini telah menjejaskan beberapa golongan di Malaysia.



Undang undang larangan merokok di premis premis perniagaan ini mungkin amat baik dari segi kesihatan orang ramai yang sering terdedah dengan asap rokok yang dihembus oleh perokok namun akibat dari undang undang tersebut , kini premis premis perniagaan makanan mula menanggung kerugian yang serius apabila pelanggan perokok mula kurang untuk makan di kedai makan kerana larangan tersebut.

Dilihat di banyak kedai makan pelanggan mula suram kerana kebanyakan pelanggan yang merokok mula mematuhi larangan pihak kerajaan yang bakal mengenakan denda yang agak tinggi kepada perokok yang melanggar larangan baru merokok di premis premis makanan seperti restoran dan kedai makan di seluruh Malaysia.



Dilihat juga banyak kedai yang mula menanggung kerugian akibat dari kekurangan pelanggan dan mengadu masalah mereka di media sosial. Netizen juga berpendapat bahawa kerajaan dan premis makanan perlu menyediakan tempat untuk perokok supaya dapat mengembalikan pelanggan dan keuntungan perniagaan seperti sediakala sebelum undang undang berkenaan dengan merokok di tempat awam dilaksanakan.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!