Siapa yang tak kenal dengan Khai Bahar ? artis yang menempa nama dengan aplikasi Smule. Khai Bahar yang nama sebenarnya Muhammad Khairul Bin Baharuddin menjadi popular di media sosial apabila suara dan video nya dikenali didalam aplikasi smule yang sering viral di media sosial facebook, twitter dan sebagainya.
Khai Bhar mulanya menempa nama apabila video nyanyiannya sedang menyanyikan Lagi dari projektor band – sudahku tahu menjadi viral sehingga dia mendapat nama dan diambil oleh Syarikat rakaman untuk merakamkan beberapa lagu dan seterusnya muncul di corong radio sehingga menjadi popular.
Anak jati perlis ini kemudiannya merakamkan lagu solo yang bertajuk ‘Bayang’ yang mendapat jutaan tontonan di media sosial dan youtube. Khai Bahar juga menempa nama di Negara jiran seperti Brunei, Indonesia, Singapore apabila beliau dipanggil untuk melakukan persembahan di negara negara tersebut.
Baru baru ini Khai Bahar telah muncul dalam salah satu rancangan Astro yang popular iaitu rancangan Meletop yang dikendalikan oleh Nabil Ahmad dan Neelofa. Rancangan itu juga menjadi trending dan viral di media sosial dan youtube apabila Khai Bahar tersalah memegang mikrofon terbalik sewaktu ingin menyanyi lagunya live yang bertajuk luluh.
penonton rancangan meletop tergelak sakan apabila melihat reaksi Khai bahar yang tersalah memegang mikrofon dan Khai Bahar sendiri bersama pengacara rancangan tersebut Nabil Ahmad turut tergelak dan membantu menjayakan rancangan tersebut walaupun kesalahan yang agak lucu itu berlaku.
Kini video versebut mendapat kedudukan teratas trending youtube dan mendapat lebih 500 ribu views kerana kesalahan live tersebut yang melucukan. Bukan main lagi Khai Bahar ambik mic , sekali mic terbalik tergelak lah netizen yang berada ditempat kejadian – alert TV
Reply