(video)Khalid Samad dah PH dikutuk cuba menipu rakyat lagi.

Khalid bin Abdul Samad adalah seorang ahli politik Malaysia dan berkhidmat sebagai Menteri Wilayah Persekutuan (Malaysia) sejak Julai 2018. Beliau adalah ahli Parti Amanah Negara, sebuah komponen parti pakatan Pakatan Harapan (PH). Beliau juga merupakan Ahli Parlimen untuk Shah Alam, Selangor.



Beliau adalah seorang kolumnis di The Malaysian Insider dan seorang ahli terkemuka dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebelum ini berpisah untuk menubuhkan parti baru Amanah. Setelah menangnya pilihanraya, Khalid Samad kini dilihat dibenci oleh rakyat kerana terlalu banyak menipu. Menurut netizen , Sebelum menang, Khalid Samad kerap berjanji untuk mengubah pelbagai perkara dalam Malaysia namun semua janji beliau tidak ditunaikan.

Kemarahan netizen dan orang ramai disemarakkan lagi apabila beliau berkata Pembangunan Kampung Baru bukan omong kosong, sebaliknya kerajaan sudah punya perancangan dan pelan menyeluruh, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad.
Menurut Penduduk kampung baru , Kerajaan seolah olah memaksa penduduk kampung baru untuk menjual tanah mereka dengan harga RM850 sekaki persegi sedangkan harga semasa adlah lebih daripada RM3000 selain kerajaan hanya membayar 10% sahaja dan akan membayar selebihnya pada beberapa tahun yang akan datang.



Ianya menyebabkan Kerajaan pakatan Harapan dikutuk teruk di media sosial bersama Khalid samad yang dikatakan mempunyai agenda tersendiri dan cuba menipu secara terang terangan dan memaksa rakyat untuk melakukan transaksi yang tidak adil tersbut demi kepentingan diri sendiri.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!