(video)Kuasa tuhan , lelaki selamat . namun Pemandu Vios dikecam kerana tidak berhenti.

Kini kemalangan begitu mudah dikenalpasti dan dilihat kerana wujudnya teknologi baru seperti dashcam yang kerap memaparkan kejadian yang tidak disangka tersebut dan dimuatnaik di media sosial . Kebanyakan dari rakaman sewaktu kemalangan yang pelik akan dimuatnaik di media sosial oleh pemilik dashcam tersebut sebagai teladan kepada sesiapa yang menonton video dashcam tersebut .



Viral di media sosial pula seorang lelaki yang amat bernasib baik apabila rakaman beliau terselamat dari kemalangan yang hampir meragut nyawa beliau. Lelaki tersebut kelihatan menunggang motosial dengan biasa namun lelaki tersebut telah melanggar sebuah kereta yang berjenama Toyota Vios yang telah membrek secara mengejut kereta mengelak dari sebuah lori pickup yang cuba untuk masuk jalan berkenaan tanpa memberikan signal.

lelaki yang menaiki motosikal gagal untuk mengawal motosikalnya dan tidak sempat untuk brek dan terus melanggar kereta berjenama Toyota vios tersebut sebelum terpelanting kearah tengah jalan . Lelaki tersebut hampir dilanggar oleh sebuah lagi kereta yang sedang memandu laju di jalan tersebut namun nasib mesih menyebelahi beliau apabila beliau tidak dilanggar dan kereta yang merakamkan situasi tersebut sempat membrek dan berhenti di hadapan lelaki tersebut.



Namun apa yang menyebabkan netizen mula bengang adalah pemandu kereta Vios tersebut yang langsung tidak memberhentikan kenderaan walaupun sudah jelas kereta beliau telah dilanggar dari belakang. Kemalangan itu juga berpunca daripada lori pikup tersebut dan bukan kesalahan beliau . Namun ramai yang menganggap pemandu vios tersebut hanya panik.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!