(video)Lelaki halang lalulintas guna lorong kanan dimaki hamun namun tetap berkeras.

Semua laluan di Malaysia yang mempunyai dua lorong bagi setiap arah mempunyai undang undang tersendiri , Namun disebabkan oleh beberapa orang penguna laluan dua lorong yang tidak bertanggungjawab, kesesakan lalulintas tetap berlaku. Ianya adalah kerana sikap segelintir pengguna jalan yang seringkali melakukkan perbuatan road hogging atau menyekat kenderaan lain dengan memandu perlahan di lorong kanan dan enggan untuk berpindah ke lorong kiri meskipun kenderaan dibawa secara perlahan.



Viral di media sosial seorang lelaki yang memaki hamun seorang lagi pengguna jalan yang lain kerana menyekat kenderaannya dan hampir menyebabkan kemalangan berlaku . Dilihat dalam video tersebut seorang lelaki telah menyekolahkan seorang lagi pemandu yang dikatakan melakukan roadhogging dan menyekat kenderaan lain dengan memandu di lorong kanan meskipun memandu dalam keadaan yang amat perlahan.

Lelaki yang dimaki tersebut enggan untuk mengaku kesalahan beliau dan mereka saling menyalahkan antara satu sama lain yang menyebabkan pergaduhan hampir berlaku . Lelaki tersebut turut memberitahu kepada mangsa supaya memotong sebelah kiri meskipun perbuatan tersebut adalah salah dan berkeras dengan tindakannya yang beliau anggap tidak salah disisi undang undang.



video tersebut menjadi viral dan menyebabkan ramai yang mengutuk tindakan lelaki yang dimaki tersebut kerana tidak mengaku kesalahannya meskipun ditegur. Menurut netizen lagi , lelaki tersebut sepatutnya meminta maaf namun kerana ego lelaki tersebut tidak mengaku kesalahan beliau dan dibela oleh isteri beliau yang turut dikutuk kerana terlalu bising didalam video tersebut.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!