(video)Lelaki mempermainkan solat dengan alunan musik disco .

Seorang lelaki yang tidak dikenali asal usulnya telah viral dengan video perbuatannya yang dikatakan menghina agama islam. Lelaki tersebut telah mengihina islam dengan perbuatannya yang telah memainkan alunan lagu disco sewaktu solat sambil menari mengikut rentak lagu tersebut meskipun sedang solat.


Pada awalnya lelaki tersebut telah memainkan lagu yang rancak dan merakamkan perbuatannya menari sambil melakukan gerakan solat. Perbuatan jijik lelaki tersebut tidak sanggup dilihat netizen yang mengecam tindakan lelaki itu justeru membuatkan video penghinaan terhadap solat tersebut viral di media sosial.

Lelaki tersebut pada awalnya dilihat mungkin warga Malaysia. Namun apabila diteliti di bahagian komen, ruangan komen video tersebut dibanjiri oleh warga indonesia yang turut mengecam perbuatan lelaki tersebut sebagai lawak bodoh dan menghina islam. video tersebut telah mendapat jutaan tontonan di media sosial facebook dan beberapa media sosial yang lain.




Sekiranya lelaki yang melakukan perbuatan tersebut di Malaysia , netizen dari Malaysia menggesa pihak berwajib agar mengesan individu yang melakukan perbuatan tersebut dan menangkapnya kerana perbuatannya dikatakan amat mengguris hati orang islam dan selain itu perbuatan tersebut dikatakan akan mendatangkan pengaruh buruk kepada generasi remaja yang kini banyak menghabiskan masa di ruangan media sosial.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!