CIMB beroperasi di bawah beberapa entiti, termasuk CIMB Investment Bank, CIMB Bank, CIMB Islamic, CIMB Niaga, CIMB Securities International dan CIMB Thai. Aktiviti perniagaan kumpulan terutamanya dalam bidang Perbankan Pengguna, Perbankan Borong, yang terdiri daripada Perbankan Pelaburan dan Perbankan Korporat, Perbendaharaan & Pasaran, dan Strategi Kumpulan & Pelaburan Strategik, dengan pasaran terasnya ialah Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand. CIMB Islamic beroperasi selari dengan perniagaan ini, sejajar dengan model perbankan dwi kumpulan.
Namun CIMB kerap kali viral kerana pengurusannya yang dikatakan agak kurang memuaskan memandangkan penipuan dalam talian berleluasa dengan melibatkan CIMB click dan tuduhan membocorkan maklumat peribadi pelanggan CIMB sendiri kepada penjual dalam talian.
Kali ini pula viral bahawa seorang lelaki menunjukkan cara untuk log masuk kedalam CIMB click berikutan dengan dinding sekurity laman sesawang CIMB yang dikatakan banyak kebocoran . Lelaki tersebut seterusnya memberitahu dan memviralkan perkara tersebut untuk memberitahu kakitangan CIMB agak lebih berhati dan meminta netizen supaya menukar kata laluan bagi cimb click.
Video tersebut menjadi viral meskipun ianya dikongsikan pada pukul 3 pagi dan setakat ini tiada lagi pengumuman dari CIMB. Namun tidak dapat juga dipastikan samada ianya kelemahan sekuriti atau kerosakan kepada sistem atau sesuatu yang normal oleh CIMB untuk menyelia dan menguruskan laman sesawang mereka , akan tetapi ianya sememangnya sesuatu yang merbahaya.
Reply