Setiap tahun sebelum tahun baru , akan ada ramai kumpulan mat moto berkonvoi ke Penang dan beberapa tempat yang lain. ianya merupakan aktiviti tahunan mat moto untuk berkonvoi dan bercuti sambil menyambut tahun baru di beberapa tempat percutian di Malaysia. Namun malang kerana beberapa video telah diviralkan di media sosial menunjukkan polis telah membuat serbuan di rumah homestay tempat tinggal kumpulan bermotosikal diserbu oleh pihak berkuasa.
Menurut beberapa buah video yang viral di media sosial. Pihak polis telah datang menyerbu beberapa tempat tinggal dan homstay sambil membuat sport check kesalahan pengguna motosikal yang tinggal di homestay mereka. polis datang menyebu dan memaksa mat moto untuk menolak motosikal mereka ke balai beramai ramai sambil dirakamkan oleh netizen dan orang ramai yang berada ditempat kejadian.
Ianya menyebabkan datangnya rasa tidak puas hati dikalangan mat moto terhadap pihak berkuasa yang menangkap dan mencari kesalahan motosikal yang telahpun di letakkan ditempat parking homestay atau rumah dan bukannya di jalan raya ataupun roadblock . menurut beberapa saksi , Hampir semua mat moto yang mempunyai kesalahan dipaksa untuk menolak motor mereka ke balai untuk disita.
Sebahagian netizen menganggap bahawa mat moto tersebut telah membuat bising dan mengganggu penduduk menyebabkan pihak berkuasa telah dipanggil oleh orang awam dan penduduk untuk menyelesaikam masalah tersebut. Mereka juga menganggap bahawa pihak berkuasa hanya menjalankan tugas apabila orang ramai membuat aduan terhadap mat moto di kawasan tersebut.
Reply