(video)Media Johor dedah RMMJ Terbengkalai, Netizen tuduh kerajaan BN kebas duit, tidak dilaporkan dalam TV3

Sebelum ini berita harian telah menulis artikel mengenai lebih 300 pembeli rumah mampu milik Taman Setia Indah yang terbengkalai setelah sekian lama .



Laporan Berita Harian Julai 2017
JOHOR BAHRU: Lebih 300 pembeli Rumah Mampu Milik di Taman Setia Indah 4, dekat sini, kecewa kerana belum dapat mendiami kediaman mereka walaupun sudah hampir enam tahun membayar ansuran pinjaman.

Pembeli mendakwa pinjaman bank dibuat sejak 2012 dan mereka dijanjikan oleh pihak pemaju untuk diberikan kunci pada bulan ini.

Penduduk, Ahmad Fadli Makhul, 33, mendakwa projek fasa kedua rumah jenis kos sederhana rendah yang berharga RM110,000 dan ke atas itu tertangguh sejak tiga tahun lalu.

Katanya, terdapat 625 unit kediaman rumah di taman berkenaan, yang mana fasa satu dengan 212 unit sudah menerima kunci pada Mac lalu.

Beliau berkata, projek bagi fasa dua dan tiga membabitkan 413 unit belum disiapkan sepenuhnya.

“Saya rasa terbeban apabila perlu membayar pembiayaan bulanan rumah sebanyak RM530 sejak tahun 2012, selain rumah sewa saya di Jalan Dato’ Menteri, di sini berjumlah RM600.



“Walaupun isteri saya turut bekerja, kami mempunyai tiga anak berusia antara dua tahun dan tujuh tahun menyebabkan belanja semakin hari semakin meningkat,” katanya, yang juga pekerja kilang.

Aminnorashid Ahmad, 33, berkata impian memiliki rumah pertama itu seperti terkubur apabila melihat keadaan kediaman yang tidak sempurna sejak lima tahun lalu.

Beliau mendakwa sudah banyak kali menghantar surat kepada pemaju, namun pelbagai alasan yang diberikan.

Katanya, masalah terbabit turut diajukan kepada kerajaan negeri, namun tiada maklum balas diterima.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram, Datuk Maulizan Bujang, berkata pihaknya sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan berasa sedih apabila pihak pemaju masih gagal menyiapkannya walaupun banyak amaran sudah diberikan.

“Projek ini sememangnya Rumah Mampu Milik, namun diuruskan oleh syarikat swasta dan diharap pemaju itu dapat segera menyelesaikannya,” katanya.



Sehingga kini ianya masih terbengkalai sehinggakan netizen mula menuduh kerajaan yang terlibat telah menggelapkan duit projek berkenaan . Viral media johor telah memuatnaik video pendedahan mengenai hal tersebut sehingga ianya menjadi viral di media sosial namun netizen hairan kenapa ianya tidak dilaporkan dan didedahkan TV3 meskipun ianya jelas kemungkinan antara kleptokrasi terbesar di Malaysia.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!