Beberapa hari yang lepas viral kes warga asing yang berani mati kelar seorang lelaki Malaysia . Warga asing dikatakan semakin berani dan bertindak samseng apabila menyerang warga Malaysia secara terang terangan . Namun punca sebenar akhirnya dibongkari oleh TV3 sendiri yang bertindak untuk menyelongkar kawasan tersebut.
Apabila dilihat, salah satu dari tempat berdekatan dengan kawasan kejadian iaitu Taman Sri Muda Shah Alam Selangor dilihat dibanjiri warga asing yang berpusu pusu tinggal di sana. dikatakan bahawa warga asing tersebut bekerja di kilang yang berdekatan dengan tempat itu. Tempat itu kini dikatakan didiami oleh 90% warga asing yang bekerja dan mula berniaga ditempat tersebut.
Tempat meniaga yang diwujudkan kerajaan untuk warganegara Malaysia kini juga digunakan oleh warga asing ditempat yang tersebut . Warga asing ditempat tersebut adalah terdiri dari warga Bangladesh dan Indonesia . 90% tapak kedai disediakan kerajaan di kawasan tersebut adalah dikendalikan oleh warga asing .
Selain itu lebih mengejutkan bahawa seorang warga asing telah membuka klinik di kawasan yang berdekatan. klinik itu telah diserbu dan lebih mengejutkan apabila operasi klinik tersebut telah dijalankan lebih setahun sebelum serbuan . netizen mengutuk keras pihak berwajib kerana memasukkan terlalu banyak warga asing sehingga masalah ini semakin teruk dan sukar dibendung. Keadaan ini menyebabkan penduduk di sekitar tempat tersebut mula merasa terancam akibat dari lambakan warga asing ditempat tersebut melebihi warganegara.
Penduduk dan NGO di sekitar kawasan tersebut berharap agar pihak yang berwajib mengambil tindakan sebelum lebih banyak lagi kes yang tidak diingini berlaku seperti yang terjadi pada lelaki yang dikelar beberapa hari lepas. Sebenarnya bukan melayu yang malas akan tetapi warga asing yang terlalu ramai betul tak? – alert TV
Reply