Dalam Islam,’Īsā ibn Maryam (bahasa Arab: عيسى بن مريم, lit. ‘Jesus, anak Maryam’), atau Isa, difahami sebagai nabi dan utusan Allah dan Al-Masih, dihantar untuk membimbing Bani Israel dengan wahyu baru: al-Injīl (bahasa Arab untuk “Injil”). Jesus dipercayai sebagai seorang nabi yang tidak berkahwin dan tidak mempunyai anak dan dicerminkan sebagai tokoh yang penting, yang terdapat dalam Al-Quran dalam 93 ayat dengan pelbagai tajuk yang dilampirkan seperti “Anak Maryam” dan istilah hubungan lain, yang disebut secara langsung dan tidak langsung , lebih daripada 187 kali. Oleh itu, dia adalah antara orang yang paling disebut dalam Quran.
Viral di laman sosial bahawa beberapa orang pelajar telah mengedarkan risalah yang bertajuk muslim cintai Jesus. Seorang netizen memviralkan perkara tersebut namun dikecam di media sosial apabila perkara yang dilakukan oleh beberapa orang pelajar tersebut sememangnya tidak salah dalam agama islam kerana Nabi Isa atau Jesus juga penting dalam islam.
Sekiranya dilihat dari pandangan kasar semestinya ramai orang salah anggap bahawa risalah tersebut boleh memesongkan akidah dan agama islam namun jika dibaca risalah tersebut ianya jelas bahawa bukan berniat untuk memesongkan akidah malah ianya penuh dengan pengajaran dan ilmu pengetahuan mengenai Isa ibnu Maryam yang juga merupakan sebagai salah seorang nabi yang terpenting dalam islam.
Risalah tersebut sebenarnya bertujuan untuk menerangkan kembali siapakah Jesus dalam kristian dan siapakah jesus dalam islam. kerana generasi dan orang ramai ramai yang masih kurang ilmu agama dan menganggap Jesus adalah tuhan kristian dan salah dalam agama islam . Namun dengan risalah tersebut ramai yang boleh mengenali Jesus yang sebenarnya nabi Isa dan bukan tuhan Kristian.
Netizen turut memberitahu beberapa orang kristian telah masuk menganut agama islam setelah tertarik dengan risalah tersebut dan perbuatan beberapa orang pelajar tersebut.
Reply