(video)Pengantin wanita menangis nak balik ikut ibu bapa kerana tak pernah berpisah jadi perhatian netizen

Perkahwinan sememangnya sesuatu yang baik bagi mengikat hubungan silaturrahim antara 2 keluarga selain itu ianya juga amat dituntut oleh islam dan mengelakkan dari timbulnya kes kes zina dan sebagainya . Ianya merupakan ikatan yang sah dari segi agama dan dituntut oleh agama islam .



Akan tetapi lain pula jadinya apabila sebuah peristiwa beserta video telah menjadi viral di laman sosial apabila seorang wanita yang telahpun selesai diijabkabul dengan suaminya tiba tiba menangis dan mahu pulang bersama keluarganya. Gadis tersebut dikatakan tidak pernah berpisah dengan keluarganya namun setelah kahwin ianya menyebabkan gadis tersebut menangis ingin pulang bersama keluarganya.

Kejadian tersebut dirakamkan oleh abang gadis tersebut yang telah memuatnaik peristiwa tersebut dan meluahkan perasaan di media sosial terhadap perkara tersebut. Video lelaki tersebut telah mendapat perhatian netizen yang mengatakan gadis tersebut mempunyai personaliti yang comel kerana masih kebudak budakan meskipun telahpun berumur 24 tahun . Video tersebut juga telah menjadi bahan hiburan bagi netizen yang menganggap video tersebut melucukan.



Abang gadis tersebut turut menyakat gadis tersebut disertai dengan gelak tawa dari keluarga gadis itu . VIdeo tersebut menjadi viral di laman sosial dan mendapat lebih dari 10 ribu share dalam masa kurang dari 24jam sahaja. Walaupun gadis tersebut dianggap tidak pandai berdikari namun netizen menganngap perbuatan gadis tersebut sememangnya comel!



Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!