Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew Ahli politik Malaysia dan berkhidmat sebagai Ahli Parlimen (MP) untuk Wangsa Maju. Beliau pernah menjadi Bendahari (sehingga 2018) Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Sebelum keluar dari Persatuan Cina Malaysia (MCA) pada tahun 2008, beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Klang atau tiga penggal mulai 1995 hingga 2008, dan dilantik sebagai setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam bekas Barisan Nasional (BN) kerajaan campuran pada tahun 2004.
Beliau pada hari ini telah mengeluarkan kenyataan yang mengguris hati rakyat apabila beliau mengatakan bahawa kerajaan terbaru iaitu Pakatan Nasional tidak akan tahan lama. berikut adalah kenyataan beliau di laman facebooknya :
1 Mac lalu, negara telah menyaksikan sejarah yang memalukan apabila berlakunya rampasan kuasa ‘pintu belakang’ yang boleh dianggap biadap.
Kerajaan yang dibina melalui pintu belakang ini dipercayai tidak akan kekal lama sebaliknya akan menunjukkan kelemahan pemimpin-pemimpin dari gabungan Perikatan Nasional yang secara jelas ketika ini hanya mahukan jawatan semata-mata dari mementingkan kepentingan rakyat.
Jika benar mahu mentadbir negara, perlulah melalui mandat dari rakyat seperti yang berlaku pada Pilihanraya Umum-14.
Kenyataan tersebut menjadi viral di media sosial kerana beliau sebelum ini telah menjelir lidah kepada peniaga pasar malam yang berjaya dirakamkan dan dimuatnaik di media sosial. Menurut penonton video tersebut Tan Yee Kew amat biadap apabila melakukan perkara tersebut dan ianya menyebabkan ramai netizen mula menyerang kenyataan terbarunya sehingga viral.
Reply