(video)RS150R V2 Malaysia sama dengan Indonesia, berbentuk sama dan diubah signal dan meter sahaja.

Pada julai yang lepas viral di media sosial tentang kemunculan Honda Winner X yang dilancarkan di Vietnam . Kemunculan jentera tersebut membuatkan peminat jentera supercub di Malaysia mula berasa gembira kerana ianya mungkin juga berlaku kepada RS150R V2 yang mungkin bakal dilancarkan pada tahun 2020. Netizen mula mengongsikan gambar Winner X yang merupakan facelift bagi Honda Winner V1 di negara tersebut.



Namun beberapa hari yang lepas viral di media soaial Indonesia bahawa Honda RS150/Supra GTR di Indonesia bakal dilancarkan dengan facelift terbaru menyebabkan ramai yang gembira dan menganngap bahawa V2 Supra GTR akan berbentuk seperti Winner X yang jauh lebih cantik di Indonesia. Namun Peminat supercub Honda mula kecewa apabila facelift Supra GTR tidak seperti yang disangka apabila hampir semua bentuk facelift Supra GTR adalah sama dengan V1.

Antara kelainan yang dapat dilihat adalah meter Supra GTR yang telah bertukar dari analog kepada digital yang berbeza dengan Winner X . Selain itu signal belakang Supra GTR berubah kepada ‘signal capang’ yang tidak digemari oleh peminat supercub di Malaysia. TImbul spekulasi bahawa model RS150R bakal mengalami nasib yang sama dengan Supra GTR di Indonesia memandangkan Malaysia sering membawa masuk spec terendah dalam sesuatu jentera di Malaysia.



Lebih meyakinkan lagi spekulasi tersebut apabila beberapa keping gambar Spyshot turut tersebar di media sosial menunjukkan bahawa sebuah jentera yang sama dengan Supra GTR V2 diuji di Malaysia . Spyshot tersebut meyakinkan lagi bahawa RS150R mungkin mengalami nasib yang sama dengan Indonesia dan tiada facelift versi Winner X bagi market Malaysia. Apa pendapat anda?




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!