Viral di laman sosial twitter apabila kelihatan dalam video tersebut beberapa orang gadis sedang membuli seorang budak yang tidak dikenalpasti namun sekiranya dilihat dengan teliti budak tersebut mungkin adalah budak kurang upaya yang langsung tidak melawan perbuatan beberapa gadis tersebut .
Pada awal video gadis gadis tersebut telah memegang budak OKU tersebut beramai ramai sebelum menggunakan berus jamban dan digunakan untuk menggosok anggota badan budak OKU tersebut . Selain itu beberapa orang gadis tersebut turut menggunakan berus jamban tersebut untuk menggosok gigi mangsa OKU tersebut.
Kelihatan di kapsyen video tersebut jelas terbukti bahawa mereka dengan sengaja membuli mangsa oku tersebut tanpa rasa bersalah. mereka juga kelihatan bergembira dengan keadaan tersebut dan dapat didengar gelak tawa beberapa orang gadis remaja yang terlibat didalam video tersebut . Mangsa OKU tersebut tidak melawan dan kelihatan tidak selesa dengan perbuatan buli beberapa orang gadis yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Namun setelah viral di media sosial, beberapa netizen mengenalpasti suspek berdasarkan pakaian dan tempat kejadian. Netizen mengatakan bahawa kejadian tersebut adalah sebenarnya berlaku di sebuah sekolah di Singapura iaitu Assumption Pathway School namun tidak dapat dipastikan kesahihannya.
Namun netizen berharap gadis gadis yang terlibat akan disiasat dan diberikan hukuman yang setimpal atas tindakan mereka tang tidak bertanggungjawab mengganggu dan membuli OKU.
Reply