(video)Syarifah Sakinah menganjing padu giler pada Neelofa.

Syarifah Sakinah bemusuh ke dengan Neelofa?

Merupakan figura yang bukan sahaja pandai berlakon, malah pandai membuat lawak. Sharifah Sakinah, sememangnya dikenali sebagai pelakon yang mempunyai aura jenakanya yang tersendiri. Perangainya yang gila-gila membuatkan dirinya sentiasa dikaitkan dengan kontroversi tetapi, dia tetap mempunyai peminat yang sentiasa menyokong kerjaya beliau.

Baru-baru ini, beliau dilihat telah memuat naik satu video pendek berdurasi kurang dari 1 minit di laman instagram beliau. Difahamkan, video tersebut merupakan antara babak lakonannya. Namun, apa yang diperkatakan Sakinah dalam video tersebut seperti memerli seorang selebriti terkenal, Neelofa.

Menerusi video tersebut, Sharifah Sakinah seolah-olah sedang mengacarakan sebuah anugerah yang dianjurkan baru-baru ini. Beliau juga cuba mengajuk gaya pengacara, Neelofa dengan menyebut nama selebriti tersebut berulang-ulang kali. Tidak cukup dengan itu, Sharifah Sakinah turut mengumumkan nama Neelofa sendiri sebagai pemenang.

Neelofa bersama koleksi Jam tangan Swarovsky.

Dengan gaya persis seperti Neelofa itu, beliau memberitahu beliau tidak perlu sebarang trofi, kerana sudah sedia membawanya bersama di atas pentas. Mana tak nya, yang umum tu sendiri adalah pemenang bukan?

Persoalannya, apakah motif Sharifah Sakinah berbuat demikian? Adakah dia tidak puas hati kerana tidak memenangi sebarang anugerah pada malam tersebut? Atau, beliau memang dengan niat untuk bergurau? Atau, sekadar membuat parodi sahaja? Akan tetapi ianya mungkin sekadar suka suka sahaja.

Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!