(video)Terang terang salah tapi marah dan tuduh orang pula bila eksiden.

Viral di laman sosial apabila video rakamman dashcam sebuah kenderaan yang mengalami kemalangan viral di media sosial . menurut keterangan video tersebut. Kereta Hilux yang berlanggar bertentangan dengan kereta mangsa memarahi mangsa sekeluarga meskipun terang dan jelas didalam video tersebut Hilux tersebut yang berada di pihak yang salah.
(gambar atas sekadar hiasan)



Keterangan video tersebut:

Rakaman video menunjukkan sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux yang memang terang benderang makan jalan menghentam sebuah kereta lain. Kejadian berlaku di Changkat Jering 12 April lalu.

Pemandu Toyota Hilux bersama isteri dan anak kecil yang tak cedera menyalahkan kereta yang dilanggar dalam kemalangan tu pulak. Anak kepada pemandu Toyota Hilux juga dikatakan memarahi keluarga malang ni dan menuduh mereka yang mengakibatkan kemalangan. Dah la langgar, pastu fitnah lagi.

Kereta mangsa pula dinaiki pasangan suami isteri, anak, serta ibu dan bapa.

Ibu – patah tulang rusuk kiri kanan
Bapa – patah rahang, patah kaki, kepala berjahit.
Anak – cedera
Suami – cedera



Mengikut mangsa, tiada permohonan maaf yang diterima baik dari pemandu atau keluarga yang melanggar mereka.

Dah terang lagi bersuluh lagi mau fitnah ke? Yang kena langgar pulak dipersalahkan. Apa pun tak boleh.

Dari video jelas menunjukkan bahawa terang lagi bersuluh pihak yang salah . Netizen mengutuk keras pemandu hilux tersebut yang langsung tidak mengaku salah dan menyuruh perakam video menggunakan video tersebut sebagai bukti kelak.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!