(video)Tomboy India langgar wanita untuk mintak gantirugi RM300.

Pelbagai cara pada zaman ini digunakan untuk mendapatkan wang secara mudah , Ianya termasuklah menyamun , meragut , menipu dan sebagainya. Kes kes ini kerapkali viral di laman sosial dan pelbagai cara dilakukan untuk menipu mangsa dengan menyelitkan wang di cermin kereta , membuang angin pada tayar dan sebagainya. Kaedah kaedah ini kerap kali diviralkan sebagai amaran kepada orang ramai tentang penipuan yang dijalankan.



Viral di laman sosial pula satu lagi kaedah untuk mendapatkan wang secara mudah. Ianya melibatkan seorang gadis India yang berperwatakan tomboy yang menjadi viral kerana cuba untuk menipu beberapa orang wanita. Difahamkan bahawa telah ramai wanita telah ditipu oleh tomboy tersebut yang membuatkan seorang yang berjaya mengenalpasti gadis India tersebut telah merakamkan video untuk diviralkan di laman sosial.

Modus Operandi gadis tomboy tersebut adalah dengan melanggar mana mana pemandu wanita dan berpura pura untuk mendapatkan gantirugi akibat dari kemalangan palsu beliau. Beliau juga hanya menjadikan pemandu wanita sebagai target penipuan tersebut yang kerap kali dilakukan sebelum ini . Gadis tersebut dikatakan berkeliaran di Buntong dan Silibin Perak dengan menaiki sebuah motosikal bernombor pendaftaran ALB6194.



Netizen dinasihatkan agar lebih berhati hati dengan penipuan yang dijalankan oleh gadis yang tidak bertanggungjawab tersebut. Turut viral gambar gadis tomboy tersebut supaya orang ramai tidak tertipu dengan lakonan gadis tersebut untuk mendapatkan wang dengan mudah.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!