Kini Yamaha RXZ telah menjadi sebuah jentera yang agak diminati di Malaysia . Ramai berpendapat RXZ kini telah menjadi mahal kerana sudah tiada pengeluaran bagi jentera tersebut. Namun begitu harganya yang tidak masuk akal kerap kali dikecam oleh orang ramai yang menganggap ianya sebagai suatu yang tidak patut dan tak akan berlaku.
Sebelum ini viral di media sosial seorang lelaki telah menjual RXZ rahun 2005 yang masih belum di daftarkan dengan nilai 65 ribu ringgit. Lelaki tersebut telah menerima kecaman yang teruk kerana meletakkan harga yang sedemikian bagi jentera yang hanya berkapasiti 135cc dan boleh dilihat merata rata diatas jalan di Malaysia. Harganya yang melampaui harga superbike menyebabkan penjual tersebut dikecam teruk.
Selain itu , Viral juga beberapa orang penjual yang menjual coverset RXZ sehingga mencecah 21ribu ringgit menerima kecaman dari orang ramai di media sosial kerana harga yang diletakkan adalah tidak masuk akal walaubagaimanpun ramai yang menganggap penjual penjual barangan RXZ hanya ingin cuba untuk menjual barangan mereka dengan nilai yang lebih tinggi dari market sedia ada.
Baru baru ini viral pula seorang lelaki yang memuatnaik status di media sosial mengatakan bahawa RXZ tanpa geran dan skrap singapore bernilai rm15000 dikecam teruk oleh orang ramai. Lelaki tersebut turut mengeluarkan senarai harga barangan RXZ yang menyebabkan nilainya meningkat tinggi seperti demikian.
Namun ramai yang tidak menerima seat RXZ yang ditulis bernilai 2 ribu ringgit dan menganngap ianya sesuatu yang bodoh sekiranya membeli dengan harga tersebut .
Reply