Wanita meroyan, cuba rampas bayi orang lain mengaku anak sendiri.

‘Meroyan’ mungkin ada kita dengar di merata rata namun adakah kita pernah tengok kesannya yang agak merbahaya dan ianya mungkin boleh membawa kepada sakit mental jika tidak dirawat. Perkara ini selalunya berlaku kepada wanita yang baru sahaja lepas beranak dan situasi berbeza beza diantara orang yang meroyan yang mana ada yang sembuh cepat dan ada yang mengambil masa yang panjang untuk sembuh .



Viral di laman sosial seorang perempuan menceritakan kisah buruknya dan disertakan dengan video membuktikan bahawa wanita seperti ini sememangnya wujud dan mengalami masalah mental.

Oh! Sebelum apa apa.. Mama sebenarnya saja nak naik Keretapi ni, sekian lama dah x naik?dari Ngandung lagi teringin nak jalan naik Keretapi.. Bila ade Fayyad ni, lagi Excited la nak naik tu sebab ade teman penghibur sekali? Dan ade jugak Kakak sepupu, Chot Chotin (Chott) ikut sama bawak anak kecik jugak? adik sepupu lelaki pun ade (Zamarul)✌?

Noted : (perkara ini❌dirancang sama sekali..kami sekadar hantar Pak Usu ke stesen keretapi jerr mula-mula.. lama lama jadi terlangkah sekali naik keretapi?sebab tu kami gah berpakaian sekadar seluar trek dan tshirt sajaaa.. mama lagi lah??‍♀️pakej tudung sarung jerr..yang penting yakin diri jerr kan?)

Berbekalkan sebotol susu & sekeping pampers Fayyad, dah buat mama rasa ? ..

➡️Okay.. cerita nya macam ni.. Ade sorang perempuan berbangsa Cina ikut kami sepanjang perjalanan naik turun escalator kat KL Sentral.. Asyik pandang Fayyad je.. Mama x perasan langsong Amoi ni ikut sebenarnye..Kakak sepupu (chott) & adik sepupu (Zamarul) yang perasan tapi tak bagi tau pun.. takut salah sangka pulak.. lepas makan kat food court Stesen KL Sentral tu, kami turun ke tingkat bawah guna tangga biasa..

Start sini Amoi dah ikut dah.. Kami berjalan seperti biasa sambil mama Bubbling main2 dengan Fayyad.. Dari tangga tingkat atas nak ke tempat laluan ke MRT tu, Tup2 Amoi ni tahan n tegur mama dulu.. “You, Stop! Where u want to go? And who are you?” .. time ni mama macam hahh??? apahal tiba2 tanya? dan x pikir negative langsong.. mama so peramah dan jawab jela.. then die start tanya dalam keadaan nak marah.. “Who this baby?”.. time ni Chott dah start tarik tangan mama n ajak jauh dari Amoi ni.. 1st, ingat maybe die nak pukau kowt sebab die berpusing nak bercakap bertentang mata dengan mama masa Chott ni halang.. Mama cakap la “My son!” .. then Amoi ni react like tangan die tengah menggigil yang geram n muka die xtau nak cakap macam mana masa tu?



That time jugak Chott tarik mama n kami lari sepanjang perjalanan laluan nak ke MRT counter.. sepanjang larian tu la Amoi ni kejar dengan bawak Beg Balik Kg dia, sambil jerit2.. “Hey, Stop!” .. “You! you!” .. “Stop!” .. Kami je tau macam mana kami bukak langkah larian tu dalam keadaan terkejut dengan tindakan Amoi tu?sebelum naik esculator nak ke MRT, ade Abg Polis bantuan kat situ.. kami berlari ke Abg tu, then cerita hal tadi.. x dan nak cerita sampai habis, Amoi ni start nak tarik Fayyad n cakap Fayyad Anak die.. And mama gila terlejutt la? Amoi cakap anak dia hilang n Fayyad anak die?Terkedu weyh time tu dalam keadaan tengah struggle pertahankan Fayyad dari disentuh Amoi tu.. Amoi tu x habis2 cakap Fayyad anak die yang hilang dan Fayyad anak Cina..

Abg Polis ni suruh mama keluarkan Bukti yakni MyKid Fayyad.. Masa mama nak keluarkan MyKid tu dalam beg sandang, mama past lah Fayyad dekat Cousin kecik (Zamarul) untuk pegang Fayyad sementara Abg Polis blok Amoi tu dari buat apa apa .. then Amoi ni menjerit marah sebab kononnya mama bagi baby dia pada budak kecik untuk pegang kejap.. Amoi kata mama xde otak!?Mama dah start takutt sangat dan nak menangis time ni?

Abg polis tu tunjuk kat Amoi tu MyKid Fayyad , pengesahan yang Fayyad Anak Melayu dan bukan anak dia yang hilang?
Amoi ni tak puas hati, tetap jerit saiko kata tu anak dia yang hilang.. actually memang die tunjuk MyKid anak die pun. Tapi xdan nk baca bebetul MyKid tu sebab gigih sangat protect Fayyad.. Amoi ni tanya macam2.. Fayyad berapa bulan.. gigi berapa batang.. tapi tanya dalam keadaan saiko.. mata terbeliak liak bila bertanya?Takutt sangatt?

Tak habis dekat situ, Dia keluarkan puting baby dari beg yang die bawak.. Dia tunjuk2 goyang2 puting tu depan mama n Fayyad.. Dia tanya kenal x puting tu dalam keadaan saiko tadi la?Mama jawab xkenal dan anak saya x isap puting.. Dia try hard tunjuk depan Fayyad lebih dekat, tapi Chott blok kami & Abg Polis tarik dia.. Abg polis pun x boleh nk handle Amoi ni.. Then Abg Polis panggil kawan dia lagi sorang.. Kawan dia tanya2 tapi Amoi still cakap “thats my baby!”..

Sebenarnya Semua conversation Amoi ni in English tau.. Mama paham dan boleh respon balik.. tapi dalam keadaan mama sendiri takutt menggigil anak kita dipertaruhkan, mana mungkin mama boleh protect sengsorang? Saya suruh abg polis tu suruh Amoi tu tunjuk gambar anak dia yang hilang tu.. sebab nak tgok betul sama ke dengan muka Fayyad.. Tapi Abg Polis ni, x berapa pandai nak speaking dan dia dalam keadaan di saiko Amoi ni sebab Amoi ni tunjuk perasaan dengan campak beg balik kg dia kat kaki polis ni?

Bila geng Abg polis ni dah sampai.. Amoi ni still react saiko dengan soalan2 barang2 baby bagai.. dan menjerit kata Fayyad anak dia.. Banyak kali die cuba nak sentuh / tarik Fayyad.. Alhamdulillah.. Chott, Zamarul & Abg Polis try hard halang.. lagi di halang, lagi dia menjerit cakap Fayyad anak dia yang hilang..Tak tau la Amoi ni memang Sakit ke, sindiket, atau betul anak dia hilang.. Mama pun x dapat bayangkan apa jadi bila anak kita sendiri hilang.. boleh hilang pertimbangan juga?

Time ni Fayyad dah start takut tengok mama cuba elak dari setiap langkah Amoi ni mendekat?Fayyad pun menjerit bising baby baby.. bukan nye kita paham bahasa baby?Amoi ni terus melenting tunjuk jari kat Fayyad dalam keadaan marah n cakap, “See! see!” .. Amoi tu marah Abg Polis tu.. Dia suruh tengok reaksi Fayyad yang x selesa dengan Orang asing ni?Segigih nye dia membuktikan yg Fayyad bukan anak mama?


So, bila geng Abg Polis sampai.. tak dapat jugak nak cool down kan Amoi tu.. Abg Polis tu suruh kami lari pergi naik train cepat! Dan masa tu mama punya lutut tersangat lah longgar nak berlari sambil dukong Fayyad, galas beg kat belakang, sesambil nak tengok toleh belakang takut2 Amoi ni kejar lagi atau x dan terlepas ke apa ke?macam2 lah bermain kat otak masa tu?

Dari 1st naik esculator yang tinggi nak ke MRT tu.. kami lari dalam ketakutan dan Amoi tu tersangat lah gigih nak rempuh road block Abg Polis tu.. dan sambil menjerit Fayyad anak dia? mama rasa jauhh sangattt kami berlari.. turun naik esculator dengan larian ketakutan.. Cepat2 tekan mesin nak beli Coin dengan mengahh nye? Sampai la kami sesambil tunggu train pada landasan yang betul pun menyorok nyorok dekat bawah esculator sebab terlalu takut? Bila train sampai, kami terus masuk n duduk dekat tempat orang ramai.. Lega rasanya waktu train dah bergerak..

Sebenarnya, kami sangat kecewa?Sepanjang larian dalam ketakutan kami tu, takde sorang pun orang yang nak tolong atau pun tanya kenapa atau apa pun lah.. takde! ? Kami harungi dengan kekuatan dalam ketakutan kami sendiri je sampai la jumpa Abg polis tu? Terima kasih Abg polis..

Dalam train mama gigil2, ketakk lutut, trauma sangatt? Menyesal sangat pergi tanpa Lelaki dewasa yang boleh protect kami? Serik dah mama?

Alhamdulillah, Mama dan cousin2 selamat sampai dalam keadaan masih trauma.. Pertama kali dalam hidup terjadi kat diri sendiri?

Mama sertakan video pendek yang sempat dirakamkan oleh Adik sepupu mama.. Ia nya dalam keadaan takut kantoi? gambar Amoi tu pun disertakan sekali?

Sepanjang malam mama pikir.. hal ni sindiket ke apa ye?Risau kalau ade yang terkena nanti kalau benar ini sindiket?Takuttt!!

Sesiapa yang pernah jumpa Amoi ni.. atau kenal atau pernah terkena macam ni ke.. Please share??Risau kena kat orang lain pulak..

Kalau betul Amoi ni sakit atau anak dia betul2 hilang sampai dia hilang pertimbangan macam tu .. Please inform jugak??Mama akan delete post ni..
__________________________________
Terima kasih buat kalian yang sungguh prihatin dm/pm/whatsapp x henti dok tanya full story nye macam mana.. Mama story kat sini yer?



Mama sedang belajar untuk KEDEKUTKAN ANAK DARI ORANG sekarang ni?

Siapa x sayang anakk oiiiiii?

‼️ Pengajaran sangat buat mama.. Lepas ni kena berhati-hati sungguh✋?Kena ade Protector bila keluar? Tak boleh jadi peramah sangat sampai x kena situasi❌Jangan bagi orang sentuh / pegang anak kita sesuka hati?Apatah lagi tetiba mintak nak dokong anak?Omgg!! Taknakk pikir lahh kalau terbagi dokong Fayyad tadi?

‼️Dan please, jadi lah rakyat umum yang Prihatin?Kesian kami tadi orang ramai dok tengok jerr.. Takde sorang pun yang hulurkan bantuan, tanya kami kenapa ke apa?

Mintak maaf sangat kalau post ni ade silap nye kat mana mana??

Semoga jadi pengajaran buat kalian jugak?
Mama serikkk!!?

Daripada FB Nurul Suhada.

ianya jelas menunjukkan bahawa kes seperti ini boleh membawa kepada mental . Ianya dianggap amat serius oleh netizen yang mengalami dan mendapat pengalaman seperti tersebut .




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!