Portal media berita online Terengganu times merupakan portal berita online yang paling popular di Terengganu . Portal tersebut kini menggunakan media sosial facebook sebagai perantaraan antara penduduk terengganu dengan portal Terengganutimes.com .
Terengganu times menyediakan pelbagai berita dalam dan luar terengganu yang sering menjadi viral dan percakapan penduduk dan netizen di Terengganu sehingga ianya menjadi popular , namun keadaan kian berubah apabila pilihanraya semakin hampir. Portal Terengganu times kini dikatakan sering memuatnaik berita fitnah dan tidak masuk akal apabila portal tersebut sering menyiarkan article pro kerajaan dan megutuk dan menyebarkan fitnah bagi pihak pembangkang.
Pada awalnya Terengganu times masih diterima meskipun telah bercampur dengan unsur politik namun kini apabila portal tersebut telah menyebarkan fitnah secara umum kepada GATE, iaitu merupakan Group facebook terbesar anak Terengganu. Portal Terengganu times telah meyerang secara terus melalui article yang ditulis oleh penulis portal tersebut sehingga ianya menjadi viral di laman sosial . Portal tersebut turut menutup segala kesalahan party tertentu atas tujuan politik menyebabkan kini ianya dibenci dan portal tersebut kini kehilangan kepercayaan pembacanya.
Pelbagai aduan dilihat di media sosial tentang portal Terengganu Times yang kini menyebarkan terlalu banyak fitnah melalui penulisannya dan turut menyerang warga Terengganu yang tidak menyokong portal tersebut. Portal ini mungkin dibayar oleh pihak tertentu. apa pendapat anda ? Alert TV.
Reply