Kejadian tidak disangka banyak berlaku meskipun ianya kadang kadang gagal dirakamkan dan ditayangkan . Namun dengan zaman yang seba canggih ini kejadian seperti ini kerap kali berlaku dan kini boleh dilihat dengan banyak telah dimuatnaik di laman sosial dan juga laman video popular di dunia iaitu youtube. Kesalahan kesalahan live yang melucukan ini telahpun dimuatnaik di youtube sebagai video hiburan yang melucukan.
Sebuah lagi kesalahan atau adegan yang melucukan sewaktu live berlaku apabila seorang wartawan astro dan seorang pemain bolasepak Malaysia telah dijerkah oleh seorang lagi kawannya yang berada berhampiran dengan tempat pemain bolasepak tersebut ditemuramah . Ianya sebenarnya adalah gurauan oleh kawan pemain bolasepak tersebut akan tetapi kawannya tidak perasan bahawa pemain bolasepak tersebut sedang ditemuramah astro.
Jerkahan kawan pemain bola sepak tersebut telah menyebabkan wartawan astro terkejut dan melatah sewaktu sedang live. keadaan itu menyebabkan pemain bolasepak tersebut turut bergelak tawa dan gagal untuk mengawal emosi terus tergelak didalam temuramah tersebut yang menyebabkan video tersebut dimuatnaik di media sosial dan mendapat perhatian netizen yang menganggap ianya adalah peristiwa yang melucukan .
Netizen melemparkan pelbagai komen terhadap keadaan itu dan berpendapat ianya merupakan video yang jarang berlaku dan melucukan . Netizen tetap menyokong pemain bolasepak Malaysia dan meskipun perkara tersebut berlaku , ianya telah menaikkan nama pemain bolasepak tersebut dan rakannya.
Reply